Imej A.C._ChievoVerona

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam [//ms.wikipedia.org/w/index.php?title=A.C._ChievoVerona&action=edit memperbaiki bahagian ini] dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (March 2010) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Warna asal kelab ini ialah warna biru dan putih dan bukan seperti kini, iaitu warna biru dan kuning. Nama samaran bersejarah kelab, Gialloblu (dari warna kelab kuning dan biru) walaupun menerusi bola sepak Itali, pasukan Verona yang diakui dahulu oleh peminat iaitu Gialloblu ialah Hellas Verona, musuh utama Chievo. Kini, kelab ini kadang-kadang dirujuk sebagai Mussi Volanti ("flying donkeys" melalui dialek Verona, bahasa Venetia). Peminat tempatan memanggil kelab ini dengan bahasa mudah, Ceo, yang bermaksud Chievo dalam bahasa Verona. Nama samaran "Flying Donkeys" asalnya adalah satu istilah penghinaan pada perlawanan oleh penyokong kelab tempatan, Hellas dengan berkata "apabila keldai terbang nanti, kita akan adakan pertembungan di Serie A". Selain peminat Hellas menyanyi sedemikian sebelum pertembungn kedua-dua pasukan berlangsungs sewaktu musim 2001-02. Walau bagaimanapun, kejayaan yang dilakar oleh Chievo dengan berjaya melepasi Serie B dan Serie C1 telah menjadi satu pencabar buat Hella dan peminat Chievo kini merangkul nama samaran itu sebagai lambang pencapaian mereka.

Lambang kelab kini memaparkan Cangrande I della Scala, seorang pemerintah Verona pada abad ke-13.