Kontroversi A._Samad_Said

Gerakan Mansuh PPSMI

Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[4] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Bersih 2.0 2011

A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011

Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan[5]. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[6]

Bersih 3.0 2012

A Samad Said hadir semasa Perhimpunan Bersih 2012

A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan]