1180 SM - Anllil-nadin-akhe, raja masyarakat Kassite terakhir, ditewaskan oleh tentera Elam.
16 April 1178 SM - Gerhana suria mungkin menandakan kepulangan Odysseus, raja dongeng Ithaca, ke kemaharajaannya selepas Perang Trojan. Baginda mendapat tahu bahawa sebilangan pelamar sedang bersaing untuk mengahwini isterinya, Penelope, supaya dapat mewarisi takhta kerana mereka mempercayai bahawa Penelope adalah balu. Ithaca membunuh mereka dan memantapkan semula kedudukannya.
1135 SM - Oxyntes, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 12 tahun dan diwarisi oleh anak sulungnya, Apheidas.
1134 SM - Apheidas, raja dongeng Athens, dibunuh selepas pemerintahan selama setahun dan diwarisi oleh adik lelakinya, Thymoetes.
1126 SM - Thymoetes, raja dongeng Athens, mangkat tanpa mempunyai anak selepas pemerintahan selama 8 tahun. Baginda diwarisi oleh pewaris yang dilantiknya, Melanthus dari Pylos, seorang keturunan generasi kelima Neleus yang dilaporkan telah membantu baginda dalam pertempurannya terhadap tentera Boeotia.
1122 SM - Tarikh pengasasan dongeng bagi kota Pyongyang.