Kerjaya Abdul_Hamid_Zainal_Abidin

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan (1971 - 1972) ; Guru di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1972 - 1977) ; Pensyarah Pengajian Islam & Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai (1972 - 1980) ; Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam (1980 - 1981).

Seterusnya menjadi Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar , Bahagian Pendidikan Guru -Kementerian Pelajaran (1982 - 1983) dan Pengetua - Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1984 - 1985)

Apabila Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) -Kementerian Pertahanan Malaysia ditubuhkan , beliau menjadi pengarah KAGAT yang pertama (1985 - 1995) selama 10 tahun . Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta beliau menyertai tentera padahal ketika itu beliau berusia 40 tahun. Oleh itu beliau terpaksa menjalani latihan tentera seperti latihan asas ketenteraan, berkawad, pegang senjata dan semua protokol dalam ketenteraan . Selepas menerima pelbagai latihan , Yang di-Pertuan Agong telah memberi tauliah dengan pangkat Kolonel dan dilantik sebagai pengarah KAGAT yang pertama. Anggota KAGAT boleh dihantar ke mana-mana termasuk berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu seperti ke Bosnia Herzegovina dan Somalia.

Sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Ketua Pengarah yang pertama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1995 - 2001). JAKIM pertama kali ditubuhkan bagi menggantikan unit kecil yang dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) di Pusat Islam. Ketika itu Abdul Hamid ditelefon oleh Tun Dr Mahathir ketika mengerjakan haji di Mekah. Pada masa yang sama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut ditubuhkan .

Pada 2001, selepas 6 tahun di JAKIM, beliau dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (2001- Mac 2004). Jawatan kini pernah disandang oleh Tan Sri Dr Mohd. Yusof Noor Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) (16 Julai 2004 - 2009). Beliau turut menjadi pengerusi dan Pro Cancelor Universiti Kuala Lumpur (UniKL).