Haji Abdul Karim Amrullah, juga digelar sebagai
Haji Rasul atau
Muhammad Rasul, adalah seorang reformis
Islam terkenal di
Sumatera,
Indonesia. Beliau dilahirkan di desa Kepala Kabun, Nagari Sungai Batang,
Maninjau,
Agam,
Sumatera Barat pada 10 Februari
1879. Ayahnya bernama Syeikh Muhammad Amrullah, seorang
Syeikh dari
tarekat Naqsyabandiyah. Ibunya pula bernama Tarwasa.
[1]Pada tahun 1894 beliau telah dihantar oleh bapanya ke
Makkah untuk menimba ilmu agama
Islam, beliau kemudiannya berguru dengan Syeikh
Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang pada waktu itu menjadi guru dan
Imam Masjidil Haram.Pada tahun 1925, sekembalinya beliau ke
Jawa, beliau telah mengembangkan cabang organisasi
Muhammadiyah di
Minangkabau, iaitu di
Sungai Batang, kampung halamannya.Haji Abdul Karim Amrullah meninggal dunia pada tanggal 2 Jun 1945.Salah seorang puteranya, iaitu Buya
Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah), dikenali banyak orang sebagai
ulama besar dan tokoh sasterawan
Indonesia angkatan
Balai Pustaka[2]