Biografi Abdul_Qadir_Jailani

Keturunan

Al-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani).[2][3] Ayahanda Al-Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib dan Fatimah. Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w manakala Fatimah adalah puteri baginda. Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain. was both a Hasani and Hussaini Sayyid.[4][5][6][7][8]

Pendidikan

Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith daripada Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar.

Dalam bidang Tasawwuf pula, guru ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk perjalanan rohaniah beliau.

PelajaranSheikh (Guru)
FiqhIbn Aqil al-Hanbali
Abu Al Hasan Mohd. ibn Qazi Abu Yali
Abu Al Khatab Mahfuz Hanbali
Muhammad ibn Al Husnayn
Qadhi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami
TasawwufQazi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami
Abu'l-Khair Hammad ibn Muslim al-Dabbas
Abu Zakariay ibn Yahya ibn Ali Al Tabrezi
HadithAbu Bakr ibn Muzaffar
Muhammad Ibn Al Hasan Baqalai Abu Sayeed
Muhammad ibn Abdul Kareem
Abu Al Ghanaem Muhammad Ibn Mohd Ali Ibn Maymoon Al Farsi
Abu Bakr Ahmad Ibn Al Muzaffar
Abu Jafer Ibn Ahmad Ibn Al Hussain Al Qari
Abu Al Qasim Ali Ibn Muhammad Ibn Banaan Al Karkhi
Abu Talib Abdul Qadri Ibn Muhammad Yusuf
Abdul Rahman Ibn Ahmad Abu Al Barkat Hibtaallah Ibn Al Mubarak
Abu Al Nasr Ibn Il Mukhtar
Abu Nasr Muhammad
Abu Ghalib Ahmad
Abu Abdullah Aulad Ali Al Bana
Abu Al Hasan Al Mubarak Ibn Al Teyvari
Abu Mansur Abdurahman Al Taqrar

Selepas tamat pendidikan, Abdul Qadir Jailani meninggalkan kota Baghdad, dan menghabiskan lebih kurang dua puluh lima tahun di kawasan gurun berhampiran Iraq untuk bersuluk.[9]

Lewat usia

Beliau kembali ke Baghdad pada 1127, dan usianya sudahpun melebihi lima puluh tahun. Ketika itu, beliau mula berdakwah kepada umum. Beliau pindah ke sekolah yang pernah dimiliki oleh gurunya dahulu iaitu al-Mukharrimii dan disitu beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengajar. Kemudian, beliau menjadi terkenal di kalangan anak muridnya. Pada waktu pagi, beliau mengajar hadith dan tafsir, manakala pada waktu petang, beliau mengadakan sesi tasauf dan nilai al-Quran.

Beliau menyibukkan empat puluh tahun dari usianya untuk menyampaikan dakwah Islam dari tahun 521 hingga 561 Hijrah. Pada waktu ini, ratusan ribu manusia memeluk Islam dan beberapa kumpulan pula diwakilkan ke luar kawasan untuk menyampaikan dakwah.


Meninggal Dunia

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani meninggal dunia pada Sabtu malam tahun 1166 (bersamaan 8 Rabiul Akhir 561H) pada usia 89 tahun di Babul Azaj, dan dimakamkan di Madrasahnya di Baghdad.[10] Makam dan masjid yang pernah menjadi tempat beliau mengajar itu terletak di Babul-Sheikh, Resafa (tebing timur sungai Tigris) di Baghdad, Iraq.[11][12]

Makam beliau turut menjadi mangsa penjarahan kaum Mongol semasa penaklukan tahun 1258 dan ketika pemerintahan Shah Ismail I semasa Dinasti Safawiyyah.[13] Makam itu dibina semula kemudiannya oleh Sultan Suleiman I dari Turki Uthmaniyyah pada tahun 1535 yang meletakkan kubah di atas makam tersebut seperti yang dapat dilihat sehingga kini. [14]

Tomb Of Sheikh Abdul Qadir, Baghdad, Iraq.

Keluarga

Sheikh Abdul Qadir mempunyai empat orang isteri dan empat puluh sembilan orang cahaya mata yang daripadanya, 27 orang lelaki dan 22 orang perempuan. Antara yang terkenal dari kalangan anakn beliau ialah Sheikh Abdul Wahab, Sheikh Abdul-Razzaq, Sheikh Abdul 'Aziz, Sheikh Isa, Sheikh Musa, Sheikh Yahya, Sheikh Abdullah, Sheikh Muhammed dan Sheikh Ibrahim. Anak cucu beliau menyebarkan tarikatnya sehingga ke sub-benua India dan turut mencapai hingga ke bahagian barat Afrika seperti Afrika Utara dan Maghribi, dan sebahagian Tanduk Afrika (Habsyah, Somalia, Eriteria).