Abdul Rahim Kajai (
1894 -
5 Disember 1943; nama sebenarnya
Abdul Rahim bin Haji Salim) dikenai sebagai Bapa Kewartawanan Melayu.
[1]Dilahirkan di
Selangor,
Malaysia, Abdul Rahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak,
Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan
Bahasa Arab di
Makkah sehingga tahun
1909.Pada tahun
1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai
wartawan di akhbar mingguan Edaran Zaman yang berpusat di
Pulau Pinang. Selepas itu, beliau berpindah ke akhbar Saudara pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu, beliau menggunakan nama pena "Abdul Rahim Kajai". Kajai adalah nama sebuah kampung di
Minangkabau,
Sumatera, iaitu kampung halaman ibubapanya.Pada tahun
1931, Abdul Rahim menjadi Pengarang untuk akhbar Majlis. Dari situ, beliau berpindah pula ke akhbar Warta Malaya juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya,
Syed Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah, iaitu Warta Ahad dan Warta Jenaka dan Abdul Rahim ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor untuk kedua-dua majalah itu.Abdul Rahim pernah juga berkhidmat di
Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah
Mustika (sekarang di sebut Mastika). Pada tahun
1943 semasa
Perang Dunia II, Abdul Rahim bertugas di akhbar Berita Malai.Abdul Rahim meninggal dunia pada tahun 1943. Dalam hidupnya, beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.