Dato' Abdul Rahman bin Ismail atau yang lebih dikenali dengan nama
Pak Rahman (lahir pada 20 Oktober 1920 – 26 Julai 1979) ialah bekas Timbalan
Menteri Besar Pahang Beliau dilahirkan di
Raub,
Pahang dan merupakan anak pertama dalam keluarga lapan orang adik-beradik. Ayahanda beliau ialah Ismail bin Haji Zainuddin yang bekerja sebagai Forest Ranger (renjer hutan) di
Perak iaitu di
Bidor dan
Batu Gajah sebelum bersara di Kampong Temau, Raub, Pahang.Beliau melalui jalan hidup yang sukar ketika
penjajahan Jepun. Beliau bersekolah sehingga darjah lima. Beliau bekerja sebagai peon (budak pejabat) di
Kuala Lipis sambil belajar usaha sendiri dan berjaya hingga lulus Diploma in Agriculture dari College of Agriculture (kini
Universiti Putra Malaysia),
Serdang. Ketika penjajahan British beliau meyertai
FORCE 136 berpangkat Kapten bersama En. Razak Hussein (
Tun Abdul Razak). Beliau berkhidmat sebagai Junior Agriculture Assistant dan melanjutkan pelajaran di College of Agriculture Serdang sewaktu dengan Tan Sri Rasdan Baba dan Tan Sri
Arshad Ayub. Dalam tahun 1955 hingga 1963 beliau berkhidmat di Jabatan Pertanian Pekan sebagai Penolong Pertanian. Dalam tahun 1963 mengikuti kursus Pengurusan di Asian Intitute of Management di
Makati,
Manila,
Filipina. Beliau juga ada menyertai lawatan sambil belajar bersama Farmers Association di
Taiwan.Di tahun 1964, beliau bertukar ke
Kuantan sebagai Pegawai Pelajaran Pertanian Pahang. Beliau membuka Pusat Latehan Pertanian di Paya Besar, Kuantan, Pahang. Beliau telah didorong untuk menyertai secara aktif dalam
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh
Tun Abdul Razak dan pada 24 Ogos 1974 memenangi Dewan Negeri Batu Talam, Raub. Beliau telah dilantik sebagai EXCO dan setahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang. Kesihatan beliau terganggu kerana sinus yang berbarah lalu meninggal dunia pada 26 Julai 1979.