Pengalaman Abdullah_Sanusi_Ahmad

Mendapat pendidikan awal di Tuanku Muhammad School (TMS) , Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam kerajaan,antaranya Pengarah Awam Unit Pengurusan Moden dan Tenaga Kerja, Jabatan Perdana Menteri (Apr. 1977-Dis 1980), Setiausaha Am Kementerian Perusahaan Awam (Jan. 1981-Mac 1986), Naib Presiden Sektor Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS (Apr 1986-1994), Naib Canselor Universiti Malaya dari tahun 1994 hingga 2000 serta Presiden dan Ketua Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dari April 2001 hingga 2003.

Dalam sektor koperasi,beliau telah menjadi Ahli Lembaga syarikat-syarikat besar seperti Lembaga Padi dan Beras Negara, Petronas Carigali Sdn.Bhd. dan Nationwide Express Courier Bhd.