Adam_Levine
Adam_Levine

Adam_Levine

Adam Noah Levine[2] (dilahirkan pada 18 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik yang berasal dari Amerika.[3] Beliau dikenali ramai sebagai penyanyi utama kepada kumpulan pop rock, Maroon 5.Ketika lewat usia remajanya, beliau telah mengasaskan sebuah kumpulan rock alternatif iaitu Kara's Flowers dan menjadi penyanyi utama dan pemain gitar. Walau bagaimanpun, selepas kegagalan penjualan album komersial sulung The Fourth World, kumpulan ini dibubarkan.[4] Kemudian, beliau mengasaskan kembali kumpulan itu dan memasukkan ahli kelima ke dalam Maroon 5. Kumpulan ini telah meraih kejayaan pada peringkat arus perdana dengan keempat-empat penjualan album mereka mendapat status platinum di AS. Beliau telah menerima tiga Anugerah Grammy, dua Anugerah Muzik Billboard, dua Anugerah Muzik Amerika dan satu anugerah bagi Anugerah Video Muzik MTV dan Anugerah Muzik Dunia melalui Maroon 5.