Ady Putra
Ady Putra

Ady Putra

Dato'[3] Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014), dan Makrifat Cinta (2018). Pada 2016, Ady memegang watak sebagai Dain Maroola dalam filem drama epik Hanyut, arahan U-Wei Hj Saari. Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Ady juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014). Sehingga 2017, Ady telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[4]Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.[5]

Ady Putra

Pasangan Datin Zuhaida Yusof (k. 2006)[1] [2]
Anak Zara Adelia Haadi
Tahun aktif 2002–kini
Kediaman Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lain Hadi Putera, Ady Putra
Ketinggian 1.72 m (5 ka 7+11⁄16 in)
Warganegara Malaysia
Kelahiran Mohamed Hadi Putera bin Halim
(1981-02-26) 26 Februari 1981 (umur 38)
Singapura
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara

Rujukan

WikiPedia: Ady Putra http://www.astroawani.com/berita-hiburan/adi-putra... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hanyut-ak... http://blog.azhad.com/2005/05/teater-rubiah.html http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.gempak.com/artikel/9408/sudah-tiba-masa... http://www.imdb.com/name/nm2866919/ http://www.kitepunye.com/movieteater/suami-aku-ust... http://www.malaysiandigest.com/archived/index.php/... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/495685-foto... http://www.cinema.com.my/news/gallery.aspx?search=...