Kegunaan Agar-agar

Mikrobiologi

Piring petri berdiameter 100mm yang mengandungi jeli agar-agar bagi kultur bakteria.

Agar digunakan di seluruh dunia bagi memberikan permukaan pejal yang mengandungi perantaraan pertumbuhan bagi pertumbuhan bakteria dan fungi. Pertumbuhan mikrobiologi tidak memusnahkan struktur gel disebabkan kebanyakan mikroorganisma tidak mampu menghadamkan agar. Agar biasanya dijual secara dagangan sebagai serbuk yang boleh dicampurkan dengan air dan disediakan sama seperti gelatin sebelum digunakan sebagai perantaraan pertumbuhan. Bahan lain ditambah kepada agar untuk memenuhi keperluan zat bagi mikrob. Banyak formulasi khusus ada, disebabkan sesetengah mikrob cenderung pada persekitaran tertentu berbanding yang mikrob yang lain.

Motility assays

Sebagai jel, perantaraan agarose adalah poros dan dengan itu boleh digunakan bagi mengukur kemotilan dan pergerakan mikroorganisma. Sifat poros jel berkait secara langsung dengan penumpuan agarosa pada medium, dengan itu pelbagai tahap kelikatan berkesanan (dari “sudut pandangan” sel) boleh dipilih, bergantung pada matlamat ujikaji.

Asai pengenalan biasa membabitkan kultur sampel organisma jauh ke dalam blok agar berzat. Sel-sel akan cuba untuk berkembang dalam struktur gel. Spesies motile akan dapat berpindah, walaupun perlahan-lahan, seluruh gel dan dengan itu kadar penyusupan, dapat digambarkan, sedangkan spesies tidak bergerak akan menunjukkan pertumbuhan hanya di sepanjang laluan yang digunakan bagi memasukan mendakan sampel awal invasif.

Satu lagi persediaan yang biasa digunakan untuk mengukur chemotaxis dan chemokinesis ialah dengan menggunakan asai penghijrahan sel di bawah agarosa, di mana satu lapisan gel agarosa diletakkan di antara sel populasi dan penarik kimia. Satu kecerunan kepekatan berkembang dari resapan penarik kimia yang meresap melalui gel, pelbagai sel populasi yang memerlukan tahap rangsangan yang berbeza untuk berhijrah itu boleh dilihat dari masa ke masa dengan menggunakan mikrofotografi ketika ia mengorek ke atas melalui gel melawan graviti sepanjang kecerunan.

Biologi tumbuhan


Agar gred penyelidikan digunakan secara meluas dalam biologi tumbuh-tumbuhan kerana ia ditambah dengan campuran zat dan vitamin yang membolehkan percambahan anak benih di dalam piring Petri di bawah keadaan steril (diberikan bahawa biji benih turut disterilkan juga). Zat dan vitamin tambahan untuk Arabidopsis thaliana merupakan piwaian merentasi kebanyakan keadaan ujikaji. Perantaraan Murashige dan Skoog campuran nutrien (MS) dan campuran vitamin Gamborg B5 secara umum digunakan. Satu larutan 1.0% agar/0.44% MS+vitamin dH2O sesuai untuk media pertumbuhan antara suhu pertumbuhan yang normal.

Pemejalan agar-agar dalam mana-mana media pertumbuhan (GM) adalah bergantung kepada pH, dengan rangkaian yang optimum di antara 5,4-5,7. Biasanya, penggunaan KOH diperlukan untuk menaikkan nilai pH dalam julat ini. Satu garis panduan umum ialah kira-kira 600 μl 0.1M KOH per 250 ml GM. Seluruh campuran ini boleh disterilkan dengan menggunakan kitaran cecair autoklaf.

Perantaraan ini sesuai dengan kegunaan kepekatan phytohormones tertentu dll untuk mendorong corak pertumbuhan khusus yang seseorang dapat menyediakan satu larutan yang mengandungi jumlah hormon yang dikehendaki, menambah padanya jumlah GM yang diketahui, dan autoklaf kepada kedua-duanya mensteril dan menwap sebarang pelarut yang mungkin telah digunakan untuk melarutkan hormon yang sering mengutub. Larutan hormon / GM ini boleh disapu pada permukaan piring petri dengan anak benih bercambah / etiole.

Bagaimanapun, ujikaji dengan menggunakan lumut Physcomitrella patens, telah menunjukkan bahawa pilihan ejen mengel - agar atau Gam Gellan telah mempengaruhi kesensitifan phytohormon kultur sel tumbuhan.[9]


Biologi Molekular (Tahap molekul)

Rencana utama: Elektrophoresis jel

Agar-agar merupakan campuran heterogeneous dua kelas polisakharid: agaropectin dan agarose.[10] Sungguhpun kedua kelas polisakharid berkongsi tunjang berasaskan galactose yang sama, agaropectin diubah dengan banyaknya oleh kumpulan-sebelah asid, seperti sulfate dan pyruvate.

Keneutralan caj dan taham kimia lebih ringkas agarose menjadikan ia berkemungkinan rendah untuk bertindak balas dengan molekul biologi, dan, dengan itu agarose telah menjadi matrix digemari bagi digunakan bersama protein dan asid nukleik. Jel yang dibuat menggunakan agarose yang dimurnikan memiliki saiz poros yang agak besar secara bandingan, menjadikan ia berguna bagi pemisahan molekul besar, seperti protin dan kompleks protin >200 kilodalton, dan juga serpiha DNA >100 pasangan asas. Agarose telah digunakan secara meluas bagi immunodiffusion dan immunoelectrophoresis, kerana fiber agarose berfungsi sebagai sauh bagi immunocomplexes. Agarose pada umumnya digunakan sebagai perantaraan bagi skala analisa pemisahan Elektrophoresis bagi elektrophoresis jel agarose dan bagi persedian berasaskan lajur pemisahan skala bagi khromatografi penyingkiran saiz/ khromatografi penapisan jel dan khromatografi afiniti.

Rujukan

WikiPedia: Agar-agar http://www.botanical.com/botanical/mgmh/a/agara012... http://books.google.com/books?id=JTr-ouCbL2AC&lpg=... http://www.singerinstruments.com/index.php?option=... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15642074 http://www.agar-agar.org/en/ http://web.archive.org/web/20110603081846/http://w... //doi.org/10.1111%2Fj.1463-1326.2004.00370.x http://www.fao.org/docrep/field/003/AB730E/AB730E0... http://www.sciencebuddies.org/science-fair-project... http://www.lsbu.ac.uk/water/hyagar.html