Masakan Agar-agar

Gulaman Sagu dalam masakan Filipina diperbuat dari agar-agar (gulaman), sagu (mutiara ubu kayu), dan air buah berperisa daun pandan (Pandanus amaryllifolius)

Agar-agar adalah gelatin tumbuhan semulajadi setara. Putih dan lutcahaya, ia dijual dalam peket dalam bentuk kepingan yang dibasuh dan kering atau dalam bentuk serbuk. Ia boleh digunakan untuk membuat jeli, pudding dan kastard. Bagi membuat jeli, ia dimasak dengan air sehingga larut. Pemanis, perisa, pewarna, buah atau sayuran kemudian ditambah dan campuran cecair itu dituang dalam acuan dan dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai aspik sayuran, atau digabungkan hidangan pencuci mulut yang lain, seperti lapisan jeli pada kek.

Agar-agar mengandungi sekitar 80% fiber, dengan itu ia boleh digunakan sebagai pengawal usus kecil. Jisim besarnya adalah salah satu fesyen diet di Asia, kanten (perkataan Jepun bagi diet agar-agar[1]). Apabila dimakan, kanten mengembang tiga kali ganda dan menyerap air. Ini menyebabkan pengguna merasa lebih kenyang. Diet ini kini turut menerima litupan akhbar di Amerika Syarikat. Diet ini menunjukkan potensi dalam kajian obes.[11]

Dalam masakan Filipina, ia digunakan bagi menghasilkan batang jeli dalam pelbagai manisan “gulaman” atau hidangan pembasuh mulut seperti gulaman sagu dan pelbagai yang lain. Satu lagi kegunaan agar-agar dalam masakan Jepun adalah anmitsu, hidangan pembasuh mulut yang diperbuat dari kiub kecil jeli agar-agar dan dihidangkan dalam mangkuk bersama campuran buah dan bahan yang lain. Ia juga merupakan bahan utama dalam Mizuyōkan, satu lagi hidangan makanan Jepun yang popular. Dalam masakan Vietnam, jeli yang dibuat dengan lapisan agar-agar berperisa, dipanggil thạch, merupakan hidangan pembasuh mulut yang popular, dan sering kali dihasilkan dalam acuan berhias bagi acara khas. Dalam masakan India, agar agar dikenali sebagai "rumput China" dan digunakan bagi menghasilkan hidangan pembasuh mulut. Dalam masakan Burma, jeli manis yang dikenali sebagai kyauk kyaw (ေကျာက်ေကြာ [tɕaʊʔtɕɔ́]) juga diperbuat dari agar- agar. Di Russia, ia digunakn sebagai tambahan atau pengganti bagi pectin dalam jem dan marmalad, sebagai pengganti gelatin bagi cirri-ciri mengentalnya yang jauh lebih bagi, dan sebagai bahan pengukuh dalam souffles dan kastard. Satu lagi kegunaan agar-agar adalah dalam Ptich'ye moloko (Susu Burung), jeli kastad berkrim (atau meringue lembut) yang digunakan sebagai pengisi kek atau selaput cokelat sebagai manisan individu.


Kegunaan lain

Agar-agar turutt digunakan bagi:

  • Membuat acuan gigi dalam pergigian.
  • Sebagai jambatan garam bagi kegunaan elektrokimia
  • Dalam ladang semut sebagai peganti litsinar menggantikan pasir dan sebagai sumber zat.
  • Oleh "Kanten Clay Studio" sebagai bahan semulajadi bagi membentuk tanah liat membina model bagi kanak-kanak bermain.

Rujukan

WikiPedia: Agar-agar http://www.botanical.com/botanical/mgmh/a/agara012... http://books.google.com/books?id=JTr-ouCbL2AC&lpg=... http://www.singerinstruments.com/index.php?option=... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15642074 http://www.agar-agar.org/en/ http://web.archive.org/web/20110603081846/http://w... //doi.org/10.1111%2Fj.1463-1326.2004.00370.x http://www.fao.org/docrep/field/003/AB730E/AB730E0... http://www.sciencebuddies.org/science-fair-project... http://www.lsbu.ac.uk/water/hyagar.html