Agarikomiset
Agarikomiset

Agarikomiset

Agaricomycetidae
Phallomycetidae
incertae sedis (tiada subkelas)
Agarikomiset (Inggeris: Agaricomycete) ialah kelas kulat di bawah bahagian Basidiomikota. Takson ini kira-kira serupa dengan yang ditentukan bagi Homobasidiomiset oleh Hibbett & Thorn,[2] dengan penyertaan Auriculariales dan Sebacinales. Kelas ini merangkumi bukan sahaja kulat yang membentuk cendawan, tetapi juga kebanyakan spesies yang ditempatkan dalam takson lapuk Gasteromiset dan Homobasidiomiset.[3] Dalam subbahagian Agarikomikotina yang mengecualikan kulat smut dan karat, Agarikomiset dapat ditakrifkan lebih lanjut dengan pengecualian kelas Tremellomiset dan Dakrimiset, yang umumnya dianggap sebagai "kulat jeli". Walau bagaimanapun, beberapa bekas "kulat jeli" seperti Auricularia pula dikelaskan dalam Agarikomiset. Menurut anggaran pada 2008, Agarikomiset merangkumi 17 order, 100 keluarga, 1147 genus, dan sekitar 21,000 spesies.[4] Analisis filogenetik molekul moden telah digunakan untuk membantu menentukan beberapa order baharu dalam Agarikomiset: Amylocorticiales, Jaapiales,[5] Stereopsidales,[6] dan Lepidostromatales.[7]