Ahli_Fiqir
Ahli_Fiqir

Ahli_Fiqir

Kumpulan Ahli Fiqir merupakan sebuah bekas kumpulan muzik hip-hop Melayu yang di rantau Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Singapura). Kumpulan ini berasal dari Singapura dan dikemudi oleh tiga orang warga Singapura dan seorang warga Indonesia yang menyumbangkan vokal, serta seorang penggubah lagu rakyat Malaysia yang tidak giat dalam vokal.Kumpulan Ahli Fiqir pada mulanya disertai oleh tiga orang anggota kumpulan – Fadali Mohd Darif atau Daly (ahlifiqir), Samsolnahar Sibengat atau Samsol (tukangkata) dan Noor Hidayati Mohamed Yusop atau Dayat (juga dikenali sebagai mawar berduri). Tidak lama selepas itu, sewaktu dalam proses mengembangkan muzik yang mereka perjuangkan, muncul seorang lagi anggota baru. Beliau ialah Ceza Mutyara atau dj cza, seorang rakyat Indonesia yang berkebolehan besar dan mampu menyumbangkan bakat muziknya untuk kumpulan ini melalui sentuhannya yang unik.Pada April 2010, kumpulan ini mengumumkan bahawa kumpulan ini dibubarkan secara rasmi. [1], [2]