Ahmed_al-Ghamdi
Ahmed_al-Ghamdi

Ahmed_al-Ghamdi

Ahmed Salah Said al-Ghamdi (Bahasa Arab: احمد صلاة سعيد الغامدي‎, Aḥmad Ṣalāt Sa‘īd al-Ghāmdī) (2 Julai 1979[1] – 11 September 2001) ialah salah satu daripada lima perampas Penerbangan 175 United Airlines dalam serangan 11 September 2001.[2]Ghamdi lahir di Arab Saudi pada tahun 1979. Beliau meninggalkan persekolahan untuk berjuang di Chechnya dan mungkin dihantar ke kem latihan Al-Qaeda di Afghanistan di mana dia dipilih oleh Osama bin Laden untuk menyertai serangan pengganas di Amerika Syarikat bersama adiknya, Hamza. Adik-beradik al-Ghamdi tiba di AS pada Mei 2001 dengan visa pelancong. Setibanya di situ, Ahmed membantu merancang pelaksanaan serangan. Pada 11 September 2001, Ahmed dan Hamza menaiki Penerbangan 175 lalu merampas kapal terbang itu supaya Marwan al-Shehhi boleh menghempaskannya ke dalam Menara Selatan World Trade Center.