Kerjaya Aida_Aris

Bakatnya bermula sebagai peragawati runway dan fesyen pada lewat 80an dan awal 90an di mana namanya sebaris dengan peragawati terkenal seperti Nasha Aziz dan Nora Ariffin. Pada tahun 1995 beliau beralih ke dunia lakonan setelah popular di Malaysia kerana muncul dalam muzik video lagu hits nyanyian Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti. Filem lakonannya yang pertama berjudul Suratan Kasih (1995) bersama Sofia Jane dan memegang watak utama dalam Debu Debu Cinta pada tahun 1997 berjaya menaikkan namanya selain penampilan berkesannya membawa watak gadis bipolar dalam drama Hatiku Bukan Pualam bersama Umi Kalthum dan Wan Nor Azlin mendapat perhatian ramai pengkritik.

Beliau sering menghiasi kaca televisyen dari lewat 90an hingga kini menerusi pelbagai watak dan disifatkan antara dramatis yang malar segar di kaca televisyen Malaysia dan Singapura. Salah satu drama yang begitu mempopularkannya adalah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.

Aida Aris berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd.[2] Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.

Mendirikan rumah tangga bersama Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain Ketua Pramugara MAS pada 4 September 2010.[3]