Aie_Spider

Mohd Azhri bin Nasir atau lebih dikenali sebagai Aie merupakan salah seorang pemain dram yang terkenal di Malaysia. Aie telah memulakan karier profesionalnya dengan menganggotai kumpulan rock ska terkenal, Spider dari tahun 1998 sehingga kini. Aie mempunyai pertalian dengan dua anggota kumpulan Exists di mana beliau adalah adik kepada Mohd Azhrul Nasir (Along - gitar utama) sekaligus merupakan anak saudara kepada Musa Radhi (Musrad - bass).

Aie_Spider

Tahun aktif 1998-kini
Kelahiran Mohd Azhri bin Nasir
Johor Bahru, Johor
Syarikat rakaman Ada Exists Sdn. Bhd.
Luncai Emas Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait Spider, Gerilia
Warganegara Malaysia
Ibu bapa Nasir Radhi (bapa)
Siti Aishah Poniran (ibu)
Genre Pop Rock, Ska Rock
Nama lain Aie
Pekerjaan Pemuzik
Instrumen Dram
Saudara Along Exists (abang)
Musrad (bapa saudara)