Perkhidmatan Airbus_A300

Selepas pelancarannya, jualan A300 agak lembap untuk beberapa tahun permulaannya. Kebanyakan tempahan awal datangnya dari Syarikat penerbangan yang mempunyai tanggungjawab untuk menempah produk tempatan (Contohnya Penerbangan Peranchis "Air France" dan Lufthansa) Pada satu peringkat, Airbus mempunyai pesawat 16 A300s yang siap diletakkan diatas landasan tetapi tiada pembeli.

Pada 1977 syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat (Eastern Airlines) menyewa 4 buah A300s sebagai percubaan. Seterusnya mereka telah menempah 23 pesawat. Dari ketika itu, Kapal Terbang dari siri A300 berjaya memasuki pasaran dengan baik, sehingga telah mencapai 843 unit tempahan dan yang telah dihantar setakat ini.

Ia menjadi pilihan terutamanya syarikat penerbangan dari Asia. Ia ditempah oleh Japan Air System,Thai Airways International, Singapore Airlines, Penerbangan Malaysia, Penerbangan Garuda Indonesia, China Airlines, Pakistan International Airlines, Indian Airlines dan banyak lagi. Kebanyakkan penerbangan Asia menggunakannya untuk terbang merentasi Selat Bengal dan Laut China Selatan. Bagi menyaingi A300, Boeing memperkenalkan Boeing 767.

Kejayaan A300 memberikan Airbus sebuah pengalaman dalam persaingan pasaran pesawat penumpang. Rangka fuselaj A300 kemudiannya digunakan untuk membina Airbus A330 dan Airbus A340.

Pada hari ini, era A300 hampir pupus dan kebanyakkan A300 digunakan dalam operasi kargo.