Aishwarya_Rai
Aishwarya_Rai

Aishwarya_Rai

Aishwarya Rai Bachchan (lahir 1 November 1973) ialah seorang pelakon wanita India dan pemenang pertandingan kecantikan Miss World 1994. Melalui kerjaya lakonannya yang berjaya, beliau telah menubuhkan dirinya sebagai salah seorang selebriti yang paling popular dan berpengaruh di India.[1] Rai telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk dua Anugerah Filmfare, dan mendapat penghormatan dengan Padma Shri oleh Kerajaan India pada tahun 2009 dan Ordre des Arts et des Lettres oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2012. Beliau sering disebut sebagai media sebagai "wanita yang paling cantik di dunia".[2][3]Semasa di kolej, Rai melakukan beberapa pekerjaan pemodelan. Berikutan penampilan di beberapa iklan televisyen, beliau memasuki pertandingan Miss India, di mana beliau memenangi tempat kedua. Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Miss World 1994, selepas itu dia mula menerima tawaran untuk berlakon filem. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem Tamil 1997 arahan Mani Ratnam Iruvar dan mendapat keluaran tayangan filem Hindi pertama dalam Aur Pyaar Ho Gaya pada tahun yang sama. Kejayaan komersial pertamanya ialah drama romantis Tamil Jeans (1998), yang mana beliau mencapai kejayaan yang lebih luas dan memenangi dua angerah Pelakon Wanita Terbaik di Filmfare untuk persembahannya di Hum Dil De Chuke Sanam (1999) dan Devdas (2002).Rai mendapat penghargaan kritis untuk menjayakan watak seorang artis ghairah dalam filem percintaan Tamil Kandukondain Kandukondain (2000), heroin Tagore, Binodini, dalam filem Bengali Chokher Bali (2003), wanita yang mengalami depresi dalam Raincoat (2004), Kiranjit Ahluwalia dalam filem drama British Provoked (2006), dan seorang jururawat dalam drama Guzaarish (2010). Kejayaan komersial terkenal Rai ialah filem romantik Mohabbatein (2000), filem pengembaraan Dhoom 2 (2006), romantik sejarah Jodhaa Akbar (2008), cereka sains Enthiran (2010), dan drama romantik Ae Dil Hai Mushkil (2016).Rai berkahwin dengan pelakon Abhishek Bachchan pada tahun 2007; pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan. Peranan luar layarnya termasuk tugas sebagai duta jenama untuk beberapa pertubuhan amal dan kempen. Beliau ialah Duta Muhibah untuk Program Bersama PBB mengenai AIDS (UNAIDS). Pada tahun 2003, beliau ialah pelakon India pertama yang menjadi ahli juri di Festival Filem Cannes.[4]

Rujukan

WikiPedia: Aishwarya_Rai http://www.cbsnews.com/stories/2004/12/29/60minute... http://travel.cnn.com/mumbai/none/gallery-aishwary... http://www.expressindia.com/news/fullstory.php?new... http://www.hindu.com/thehindu/holnus/0092009012603... http://www.hindustantimes.com/Entertainment/Bollyw... http://www.hindustantimes.com/Entertainment/Tabloi... http://www.imdb.com/name/nm0706787/ http://filmfareawards.indiatimes.com/ http://www.koimoi.com/bollywood-news/why-aishwarya... http://www.ndtv.com/article/people/aishwarya-rai-b...