Rabindranath_Tagore
Rabindranath_Tagore

Rabindranath_Tagore

Rabindranath Tagore (bahasa Bengali: Rabindranath Thakur রবীন্দ্রনাথ ঠাকুর; Jorasanko, Kolkata, 7 Mei 1861 – 7 Ogos 1941[γ]) juga dikenal dengan nama Gurudev,[δ] adalah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali. Dia lahir dalam sebuah keluarga Brahmana Bengali, iaitu Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali, daerah di subbenua India antara India dan Bangladesh. Tagore merupakan orang Asia pertama yang mendapat Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (1913).Tagore mula menulis puisi sejak berusia lapan tahun dengan memakai nama samaran “Bhanushingho” (Singa Matahari) untuk penerbitan karya puisinya yang pertama pada tahun 1877, dan menulis cerita pendek pertamanya pada usia enam belas tahun. Dia mendapat pendidikan asas di rumahnya di Shilaidaha, serta sering melakukan perjalanan panjang yang menjadikan dia seorang yang pragmatis dan tidak suka mematuhi norma sosial dan adat. Rasa kekecewaannya terhadap Raj British menyebabkan Tagore menyokong Gerakan Kemerdekaan India dan berkawan dengan Mahatma Gandhi. Hali ini juga disebabkan keadaannya yang kehilangan hampir seluruh keluarga beliau, serta kurangnya penghargaan dari Benggala atas karya besarnya, Universiti Visva-Bharati. Karya-karya tersohor Tagore termasuk Gitanjali (Song Offerings), Gora (Fair-Faced), dan Ghare-Baire (The Home and the World), serta karya puisi, cerita pendek dan novel yang terkenal dan dikagumi seluruh dunia. Dia juga seorang pembaharu kebudayaan dan polymath yang memodenkan seni budaya di Benggala. Dua buah lagu dari aliran Rabindrasangeet (sebuah aliran lagu yang dicipta beliau) kini menjadi lagu kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan India (Jana Maha Gana).

Rujukan

WikiPedia: Rabindranath_Tagore http://banglapedia.search.com.bd/HT/T_0020.HTM http://www.angelfire.com/oh/gontor/gontor.html http://www.britannica.com/nobel/micro/578_90.html http://www.calcuttaweb.com/tagore/tagore.htm http://www.globalwebpost.com/farooqm/writings/othe... http://www.hindustantimes.com/news/181_1556239,004... http://www.indoindians.com/tagore.htm http://www.mybanglamusic.com/mp3/index.php?dir=Rab... http://www.parabaas.com/rabindranath http://www.parabaas.com/rabindranath/articles/brMe...