Sejarah Akademi_Sains_Diraja_Sweden

Akademi ini didirikan pada 2 Jun 1739 oleh ahli alamiah Carl Linnaeus, pemaham mekantil Jonas Alströmer, jurutera mekanikal Mårten Triewald, penjawat awam Sten Carl Bielke dan Carl Wilhelm Cederhielm serta negarawan/pengarang Anders Johan von Höpken.[9]

Tujuan akademi ini adalah untuk menumpukan kepada ilmu pengetahuan yang berguna serta menyebarkan penemuan sains akademi dengan banyaknya melalui penerbitan dalam bahasa Sweden. Akademi ini bertujuan untuk menjadi berbeza daripada Persatuan Sains Diraja Uppsala yang diasaskan di 1719 dan membuat penerbitan mereka dalam bahasa Latin. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan kegiatan komersial di ibu kota Sweden (yang tidak mempunyai universiti seperti di Uppsala pada ketika itu) juga disengajakan. Pembentukan akademi ini diilhamkan daripada akademi-akademi terdahulu yang diketahui oleh sebahagian para pengasasnya seperti The Royal Society of London dan Academie Royale des Sciences di Paris, Perancis.