Afiq Hakim bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu
Akim Ahmad atau nama penanya '"Hang Nadim'" (lahir
18 Januari 1991 bersamaan 2 Rejab 1411) merupakan penyanyi
Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti TV
Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu
Mat Mega yang terkenal dengan lagu "Bayangan Gurauan" dan "Takdir Dan Waktu". Beliau berasal dari
Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di
Kuala Lumpur,
Malaysia. Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama kugiran beliau iaitu
Akim & The Majistret. Pada 5 Februari 2016, Akim telah berkahwin dengan penyanyi
Stacy Anam yang juga pemenang rancangan Akademi Fantasia musim keenam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.Setelah hampir 5 tahun menjadi vokalis '"The Majistret'" ,
Akim Ahmad telah di senarai sebagai salah seorang '"Best Rock Singer'" di
Malaysia . Menggunakan nama
Hang Nadim di dalam bidang penciptaan lagu, Akim juga berjaya mendapat sambutan pendengar apabila kebanyakkan lagu ciptaan beliau untuk kumpulannya
Akim & The Majistret ataupun untuk penyanyi lain menjadi '"Hits'" .