Lakonan Akim

Selain bakat beliau dalam bidang nyanyian, Akim juga pernah diundang untuk berlakon dalam beberapa drama terbitan ASTRO.Akim terlebih dahulu muncul di kaca TV menerusi lakonan pertama beliau yang digandingkan bersama penyanyi Mila Jirin iaitu drama berjudul Kau & Aku terbitan ASTRO Ria. Selain itu, Akim juga muncul menerusi drama mini pada Oktober 2010 dan bergandingan bersama pelakon remaja Juliana Evans iaitu drama Inilah Cinta, yang dipetik daripada single Akim.

Seterusnya, Akim juga diberi kesempatan untuk memberi peluang berlakon dalam drama Slot Zehra di TV3 iaitu drama berjudul Kampung Girl, drama yang diadaptasikan daripada novel tersebut. Beliau juga memegang watak utama di samping gandingan bersama dengan pelakon Nad Zainal. Drama itu telah mencapai lebih daripada 4 juta penonton kerana gandingan mereka yang serasi. Atas permintaan ramai, mereka akhirnya muncul menerusi telefilem sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu Kampung Girl Raya yang disiarkan di TV3 pada pertengahan tahun 2014.