Kerjaya Akmal_Rizal_Ahmad_Rakhli

Beliau mula dikenali semasa beliau mewakili untuk pasukan bola sepak bawah 14 tahun Malaysia. Selepas itu, beliau menerima latihan di RC Strasbourg dan dipinjamkan kepada kelab naungan RC Strasbourg, FCSR Haguenau. Selepas gagal untuk mengekalkan kontrak dengan RC Strasbourg, beliau kembali ke Malaysia dan bermain untuk pasukan asalnya, Kedah FA. Pasukan lain di Liga-M berasa iri hati atau cemburu terhadap Kedah FA kerana memiliki pemain berkebolehan. Namun pada akhir kerjayanya di Kedah FA, beliau menghadapi kecederaan lutut yang menyebabkan Akmal Rizal tersinggir selama semusim. Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak dengan Selangor FA muncul sebagai seorang pemain gantian buat beberapa kali selepas sembuh daripada kecederaannya.

Selepas berakhirnnya musim 2007/08, kontrak Akmal Rizal bersama Selangor FA ditamatkan.[1]

Musim depan (2011) Akmal Rizal akan menyertai Perak.

Beliau mewakili Malaysia untuk Sukan Asia Tenggara 2003 di Hanoi, Vietnam, Piala Liga Perdana Inggeris Asia, dan juga di Piala Tiger 2002 di Thailand. Akmal juga mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007 dengan membuat dua penampilan dalam perlawanan menentang China PR dan Uzbekistan.