Akolit
Akolit

Akolit

Akolit [a-ko-lit; Bahasa Inggeris: acolyte] adalah salah satu jawatan dalam mazhab Kristian Gereja Barat[1] yang bertujuan sebaga melayani meja altar iaitu membantu paderi dan diaken dalam melaksanakan perjamuan;[1] termasuk membawa barangan perjamuan ke meja altar untuk disediakan sebelum misa[2] serta melayani komuni baik di dalam ataupun luar sesi Ekaristi.[2] Jawatan ini sendirinya dapat diduduki oleh seorang awam.[1]Peranan akolit sangat penting dalam sistem organisasi gereja mazhab Barat - setiap calon diaken atau paderi harus terlebih dahulu menjabat sebagai lektor atau akolit,[2] malah ada juga akolit yang berpeluang berkhidmat sebagai pegawai istana atau seitausaha Paus.[1] Akolit juga boleh mentakhtakan Sakramen Mahakudus dalam situasi darurat;[2] namun, mereka tidak boleh memberkati umat dengan Sakramen Mahakudus sepertimana yang dibolehkan untuk para paderi.[2]Jawatan ini dicatat sudah ada dalam gereja sejak abad ke-3[2] - ia pertama kali disebutkan dalam catatan sejarah di Roma pada tahun 251 M.[1]