Pelakon Aladdin_(filem_2019)

Versi bahasa Inggeris

Pelakon

  • Will Smith sebagai Genie: Seekor jin peramah dan baik yang tunaikan tiga hajat kepada barangsiapa miliki pelita ajaibnya. Smith kata beliau "gementar" semasa mainkan watak Genie, tetapi "[dia] jumpa jalan yang dapat menghormati" lakonan Robin Williams daripada filem asal, sambil juga buat lakonan benar-benar daripada dirinya.[9] Smith kata sifat watak tersebut "suka perdaya orang [tetapi] juga seorang pembimbing" yang cuba "pandu Aladdin ke kebenaran bahawa kehebatan ada dalam dirinya". Will Smith gunakan rupa fizikalnya semasa Genie menyamar sebagai manusia, manakala rupa jin biru ialah IJK (CGI), menggunakan teknologi tangkapan gerakan.[10][11]
  • Mena Massoud sebagai Aladdin: Seorang budak jalanan Agrabah yang jatuh hati dengan puteri Sultan. Dengan bantuan Genie, dia bertopengkan identiti Shah Ali dari negeri Ababwa. Massoud kata bahawa Aladdin "nampak masa depan yang lebih cerah daripada masa sekarang untuk dia. Dia tak tahu apa ia atau bagaimana nak capai ia, tapi dia tahu yang ia wujud", dan berasa yang watak ini "amat rendah diri dan biasanya buat banyak benda demi orang lain, tapi bila dia jatuh cinta dia sedikit demi sedikit lupa diri dia dan mula jadi seseorang yang bukan siapa diri dia yang sebenar. Tapi dia budak baik dengan niat yang mulia dan punyai orang-orang baik yang bawa dia semula ke pangkalan jalan yang benar".[12]
  • Naomi Scott sebagai Puteri Jasmine: Anak tunggal Sultan dan puteri Agrabah yang mendamba dapat jalani hidupnya sendiri. Scott berkata yang Jasmine "tabah dan seronok, tapi juga senang tersilap dan terikutkan perasaan. Ada banyak kemahiran dia, dan dia bukan handal dalam satu perkara saja. Jadi dalam filem ini, anda akan lihat dia alami pelbagai perkara, dan bukan sahaja jatuh cinta atau berkahwin". Beliau tambah lagi yang Jasmine akan cari "keberanian untuk bercakap demi rakyatnya",[13] dan "Jasmine ingin tahu apa yang berlaku dalam kerajaannya dan temukan jurang yang telah terhasil [akibat tidak pernah berjumpa rakyat], dan Aladdin berikan dia keberanian untuk lakukan itu".[12]
  • Marwan Kenzari sebagai Jafar: Seorang sahir yang keji dan jahat, Wazir Diraja Agrabah dan penasihat Sultan yang kerana geram dengan cara Sultan, rancangkan pelan untuk guling Sultan dari takhta dengan memperoleh pelita ajaib. Kisah silam Jafar diceritakan dan penerbit filem ini, Jonathan Eirich, rasa akan membuat para penonton faham "kenapa beliau sungguh jahat, dan [dia berasa] itulah yang membuatkan dia penjahat yang bagus".[12]
  • Navid Negahban sebagai Sultan: Pemerintah Agrabah yang lanjut usia dan mahu carikan seorang suami untuk anakandanya Jasmine.
  • Nasim Pedrad sebagai Dalia: Inang dan setiawati Puteri Jasmine. Pedrad kata bahawa Dalia "[telah] di samping Jasmine selama bertahun-tahun dan sangat perhati-perhatikan dia".[12] Will Smith kata yang watak tersebut "sebuah tambahan yang sempurna ke dalam cerita ini, dan memanusiakan Genie".[12]
  • Billy Magnussen sebagai Putera Anders: Seorang pelamar Puteri Jasmine dari kerajaan Skånland.[11][14]
  • Numan Acar sebagai Hakim: Ketua pengawal istana yang amat setia kepada Sultan Agrabah sejak bapa beliau berkhidmat untuk Sultan sebagai seorang khadam.
  • Robby Haynes sebagai Razoul: Kapten Pengawal Agrabah diraja.
  • Jordan A. Nash sebagai Omar: Anak lelaki Genie dan Dalia
  • Taliyah Blair sebagai Lian: Anak perempuan Genie dan Dalia
  • Amir Boutrous sebagai Jamal: Seorang penjual roti yang Aladdin perdayakan untuk selamatkan gelang pusaka Jasmine dari dirampas.

Pelakon suara

  • Alan Tudyk sebagai Iago: Burung nuri Jafar yang cerdik.[15]
  • Frank Welker melakonsuarakan wataknya daripada filem asal iaitu:
    • Abu, monyet kapuchin peliharaan Aladdin yang panjang tangan.[16][17][18]
    • Rajah, harimau benggala kesayangan peliharaan Puteri Jasmine.
    • Cave of Wonders (Gua Khazanah): Suatu makhluk pasir yang berupakan kepala seekor singa (harimau dalam filem asal) yang menjaga pelita ajaib daripada penceroboh dan hanya akan berikan ia kepada yang layak bak "berlian tidak bercanai."[16][17][18]

Versi bahasa Malaysia[19]

Pengarah alihan suara: Jamalludin Zakaria

Pengarah muzik: Eka Shereen

Penterjemah: Wan Muhammad Tamlikha

Penyadur/adaptasi: Shazana Sahudin

Penulis lirik: Min Malik

Jurutera bunyi dialog: Benson Lew Way Yi

Jurutera bunyi lagu: Leong Jun Yang

Jurutera adun dialog: Chang Chong Hui

Jurutera adun lagu: Hong Siang Chet

Pengarah projek: Jo-Ann Liew

Pengurus projek: Chour Yee May

Creative executive: Thotsaphon (Tui) Rungwitthaya

Studio pengalihan suara: FKN Dubbing Sdn. Bhd.

Studio adunan bunyi: Shepperton International

Pelakon alih suara[8][20]

  • Shila Amzah sebagai Puteri Jasmin
  • Nabil Zamanhuri sebagai Aladdin
  • Yazid Asril sebagai Jafar
  • Fadhli b. Mohd Rawi sebagai Sultan
  • Aby Zarina Ahmad Roslan sebagai Dalia
  • Vince Chong sebagai Jin
  • Luqman Mutalib sebagai Putera Anders
  • Hazmie Jamall sebagai Omar
  • Murni Farhana sebagai Lian
  • Jamalludin Zakaria sebagai Jamal dan Hakim

Pelakon suara tambahan

  • Juwita Suwito
  • Min Malik
  • Jamilah
  • Vince Chong
  • Sharizan Borhan
  • Nabil Zamanhuri
  • Mehmet Adem Barissever
  • Zahid Baharudin
  • Illegal
  • Zharif Nawawi
  • Shahil Zairi
  • Azizul Sani
  • Izwanna
  • Nur Atiqah Zawani
  • Zaini Sahid
  • Jamalludin Zakaria

Rujukan

WikiPedia: Aladdin_(filem_2019) http://ew.com/movies/2018/01/25/disney-live-action... http://www.vulture.com/2018/09/billy-magnussen-man... http://www.wdsmediafile.com/media/Aladdin/writen-m... https://www.boxofficemojo.com/movies/?id=disneyfai... https://ew.com/movies/2018/12/21/guy-ritchie-aladd... https://ew.com/movies/aladdin-first-look-photos/#a... https://www.facebook.com/watch/?v=2344744492414285 https://international-dubbing.fandom.com/wiki/Alad... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/alad... https://www.ign.com/articles/2018/10/12/aladdin-ho...