Aladdin_(filem_2019)

Aladdin (bahasa Arab dan Jawi: علاء الدين) ialah sebuah filem fantasi muzikal dari Amerika Syarikat yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2019. Filem ini diarahkan oleh Guy Ritchie, yang menulis senario filem ini bersama John August. Ia dihasilkan oleh Walt Disney Pictures dan filem ini merupakan adaptasi aksi nyata untuk filem animasi Aladdin dari tahun 1992 yang ditulis berdasarkan cerita rakyat Aladdin, daripada himpunan cerita hikayat berjudul Hikayat Seribu Satu Malam. Filem ini dibintangi oleh Will Smith, Mena Massoud, Naomi Scott, Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim Pedrad, dan Billy Magnussen. Filem ini mengisahkan hikayat Aladdin, seorang pemuda yang menghabiskan hidupnya di jalanan yang kemudian jatuh cinta dengan Puteri Jasmine, berkawan dengan jin pemberi hajat bernama Genie, dan harus menyelamatkan kerajaannya daripada antagonis filem ini, Jafar.Pada bulan Oktober 2016, Disney mengumumkan bahawa Ritchie akan mengarahkan filem ini. Smith ialah orang pertama yang menyertai filem ini pada Julai 2017, dengan watak Genie, dan dalam bulan yang sama Massoud dan Scott disahkan memegang watak utama. Penggambaran bermula pada bulan September di Longcross Studios di Surrey, England dan di gurun Wadi Rum, Jordan, dan selesai pada 25 Januari 2018.[3]Aladdin ditayangkan di Amerika Syarikat pada 24 Mei 2019. Filem ini menerima bermacam-macam ulasan daripada pengkritik: ada yang memuji lakonan Massoud, Smith, dan Scott, pengkostuman serta skor filem, tetapi ada yang membidas arahan Ritchie dan kesan imej janaan komputer (CGI).[4]Aladdin ditayangkan di Malaysia pada 23 Mei 2019[5][6][7][8] dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia di seluruh negara. Versi bahasa Malaysia dengan Shila Amzah sebagai pelakon alih suara bagi Puteri Jasmine dan Nabil Zamanhuri bagi Aladdin.

Aladdin_(filem_2019)

Bahasa Inggeris
Berdasarkan dari Disney Aladdin oleh
Aladdin dan Pelita Ajaib dari Hikayat Seribu Satu Malam
Lakon layar oleh
Muzik oleh Alan Menken
Disunting oleh James Herbert
Pengarah Guy Ritchie
Penerbit
Pecah panggung $508 juta[2]
Mula ditayangkan 24 Mei 2019 (2019-05-24)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Alan Stewart
Tempoh tayangan 128 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Perbelanjaan $183 juta[2]

Rujukan

WikiPedia: Aladdin_(filem_2019) http://ew.com/movies/2018/01/25/disney-live-action... http://www.vulture.com/2018/09/billy-magnussen-man... http://www.wdsmediafile.com/media/Aladdin/writen-m... https://www.boxofficemojo.com/movies/?id=disneyfai... https://ew.com/movies/2018/12/21/guy-ritchie-aladd... https://ew.com/movies/aladdin-first-look-photos/#a... https://www.facebook.com/watch/?v=2344744492414285 https://international-dubbing.fandom.com/wiki/Alad... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/alad... https://www.ign.com/articles/2018/10/12/aladdin-ho...