Biografi Ali_Shariati

Ali Shariati dilahirkan pada 1933 di kampung Kahak pinggir kota Sabzevar, timur laut Iran. Bapanya, Mohammad-Taghi adalah seorang pujangga Islam, pengasas Pusat Dakwah Islam di wilayah Khorasan semasa fahaman Marx berkembang di di Iran. Dia kemudiannya dikritik oleh anak lelakinya di atas kepercayaannya.

Semasa di Maktab Latihan Perguruan, Shariati rapat dengan golongan miskin.Dia terdedah kepada falssaha Batar dan pemikiran politik. Dia cuba mengemukakan jalan penyelesaian masalah masyarakat Islam berasaskan prinsip Islam tradisional,Pandangan sosiologi moden dan falsafah banyak dipengaruhi oleh Moulana Rumi dan Muhammad Iqbal.

Pada 1952 dia menjadi guru sekolah tinggi dan mengasaskan Persatuan Pelajar Islam dan menyebabkannya ditangkap dalam satu demonstrasi. Pada 1953, Perdana Menteri Iran pertama , Mossadeq telah digulingkan oleh CIA .Ketika itu dia seorang ahli Pergerakan Rintangan Kebangsaan. Dia mendapat ijazah dari Universiti Mashhad pada 1955. Pada 1957 dia ditangkap sekali lagi oleh polis Shah Iran bersama dengan 16 ahli Pergerakan Pembaharuan Kebangsaan.


Ali Shariati mendapatkan biasiswa kerajaan Perancis dan belajar di Universiti Paris. Di universiti ini, dia dianggap sebagai pelajar pintar dan terbaik serta dilantik pada 1958. Dia menyambung kedoktoran jurusan sosiologi dan meninggalkan Paris sebelum sempat menghabiskan kajian pada 1964.Semasa di di Paris, Shariati mula bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (FLN) pada 1959. 1960, dia mula membaca tulisan Frantz Fanon dan diterjemahkan kepada bahasa Parsi.[1]. Shariati memperkenalkan pemikiran Fanon kepada pejuang-pejuang Revolusi Iran di luar negara . Dia ditangkap di Paris semasa mengadakan demonstrasi ketika penghormatan pemimpin Patrice Lumumba, pada 17 Januari 1961.

1960 dia berganding Ebrahim Yazdi, Mostafa Chamran dan Sadegh Qotbzadeh dalam Pergerakan Kebebasan Iran di luar negeri. Dia menjadi pengasas revolusi Iran semasa ketiadaan Ayatolah Khomeni. Pada 1962 dia belajar sosiologi dan sejarah perkembangan agama di seluruh dunia.Seterusnya mengikuti kursus pendek dengan cendekiawan Islam Louis Massignon, Jacques Berque dan ahli sosiologi Georges Gurvitch. Dia juga berminat dengan ahli falsafah Jean-Paul Sartre.Selain itu dia banyak membaca buku Jalal Al-e Ahmad's karya Gharbzadegi (atau Occidentosis) .

1964 dia kembali ke Iran di mana dia ditangkap dan dipenjarakan oleh kerajaan Iran Imperial melibatkan diri dalam kegiatan politik subversif semasa di Perancis. Dia dibebaskan selepas beberapa minggu . Dia mula mengajar di Universiti Mashhad.

Shariati pergi ke Tehran dan memberi kuliah di Hosseiniye Ershad . Sesi ceramah beliau dipenuhi berkaitan ekonomi masyarakat, kelas pertengahan dan kelas atasan .

Sekali lagi dia ditahan bersama para pelajar. Selepas tekanan rakyat dan antarabangsa , Ali dibebaskan selepas 18 bulan dalam penjara dan dibebaskan pada 20 Mac 1975.

Shariati dibenarkan pergi ke England. Tiga minggu kemudian dia mati di Southampton, England kerana serangan jantung. Sumber-sumber lain menyatakan beliau dibunuh oleh Savak - pasukan polis rahsia Shah Iran.

Berkaitan