Aliff_Aziz
Aliff_Aziz

Aliff_Aziz

Muhammad Aliff bin Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Singapura yang bekerja di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music BMG Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single hebat iaitu Cinta Arjuna yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu Sayang Sayang juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]

Aliff_Aziz

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model
Pasangan Bella Astillah (2016-2019; bercerai)
Tahun aktif 2007 - kini
Pengkarya berkait Adira, Siti Nordiana
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Sony BMG Music Malaysia
Kelahiran Mohamad Aliff bin Aziz
(1991-02-16) 16 Februari 1991 (umur 28)
Singapura
Genre Pop, R&B, Pop Alternative, Jazz
Ketinggian 6 ft 2 in (1.88 m)