Alto

Suara LelakiKaitanDi dalam definasi muzik, seorang alto atau kontralto ialah penyanyi dalam lingkungan suara di antara suara tenor dan mezzo-soprano. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada suara wanita terendah dalam nada nyanyian atau suara nyanyian lelaki yang menggunakan teknik pemalsuan suara (falseto) yang juga dikenali sebagai penyanyi kauntertenor. Nota penyanyi alto kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di dalam suara terendah dalam lingkungan suara mereka, suara penyanyi alto lelaki adalah hampir sama dengan suara penyanyi tenor. Sesetengah penyanyi alto mempunyai lingkungan yang lebih besar iaitu dari C di bawah C tengah hingga ke C dua oktaf atas (C3-C6 jika C tengah ialah C4), tetapi seperti penyanyi-penyanyi lain, jenis suara alto dikenal pasti melalui "vokal tengah" dan bukan dari lingkungan mereka. Sebagai contoh, seorang soprano, boleh menyanyikan nada yang lebih rendah dari penyanyi alto tetapi tidak akan merasa selesa menyanyikan nada sebegitu. Dalam kumpulan 4 penyanyi koral harmoni (koir), suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”.Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Walau bagaimanpun, di awal era nyanyian koir, penyanyi alto lelaki dewasa juga dipanggil sebagai kauntertenor. Jikalau penyanyi alto tersebut adalah lelaki yang juga seorang tenor semulajadi tetapi memilih untuk membuat falseto, mereka akan digelar sebagai seorang kauntertenor; manakala jikalau penyanyi lelaki itu adalah penyanyi bersuara “alto” sejati (menerusi berat suara yang berkemampuan dinamik), mereka adalah penyanyi bariton atau bes. Penyanyi kontralto adalah amat jarang dalam opera memandangkan tidak banyak kerja gubahan yang ditulis untuk suara ini.

Rujukan

WikiPedia: Alto http://www.opera-guide.ch/opern_komponisten.php?ui... http://www.aria-database.com/ http://www.britannica.com/eb/article-9115518/McRae... http://www.dummies.com/WileyCDA/DummiesArticle/id-... http://www.newsreview.com/sacramento/Content?oid=o... http://www.nicksfix.com/review_pittsburgh_post_gaz... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B0... http://www.ticketmaster.com/artist/734496?brand=no... http://weeklywire.com/ww/02-07-00/boston_music_2.h... http://hcl.harvard.edu/libraries/loebmusic/collect...