Bes_(suara)

Suara LelakiKaitanBes (atau basso dalam bahasa Itali) ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. Menurut “Grove Music Online”, seorang penyanyi bes mempunyai lingkungan lanjutan dari sekitar F di bawah C rendah hingga ke E di atas pertengahan C ( F2–E4)[1]. Kamus muzik Harvard (Harvard Dictionary of Music) pula menyebut bahawa lingkungan suara penyanyi bes adalah dari E di bawah C rendah hingga ke C tengah ( E2–C4)[2].Menurut buku "Singing for Dummies"', lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Menulis pengarang buku tersebut, Pamelia S. Phillips, suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Phillips juga menyatakan bahawa suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka. Menurut Phillips lagi, suara penyanyi bes ialah suara lelaki yang paling dalam, gelap dan keras[3].Adalah menjadi satu kebiasaan untuk lelaki yang diklasifikasikan sebagai suara bes untuk bercakap dalam suara tinggi luar dari jangkaan. Kebanyakan penyanyi bes juga boleh diasuh untuk menggunakan “falseto” bagi nyanyian koir.