Amal Hijazi atau
Amal Higazi (
Arab:
أمل حجازى) (lahir pada
20 Februari 1977) ialah penyanyi, model, dan
ikon pop Lubnan yang popular di seluruh dunia Arab. Kejayaannya yang utama bermula dengan penerbitan
Zaman (Masa Lalu), albumnya yang kedua yang menjadi kegemparan blokbuster. Hijazi terkenal kerana daya cipta video muziknya yang tinggi serta juga kerana suara dan gaya menyanyi yang tersendiri.ia seorang Sunni Lubnan.
[1]Hijazi telah dibandingkan dengan berbagai-bagai penyanyi Lubnan yang termasyhur seperti
Nancy Ajram,
Haifa Wehbe,
Nawal Al Zoghbi, dan
Elissa.
[2] Bagaimanapun, beliau enggan dibandingkan dengan mereka dan berkata bahawa beliau tidak bergantung kepada rupa dan gaya yang menggoda untuk mencapai kepopularan, tetapi sebaliknya hanya menumpukan perasaan untuk menyampaikan pesanan kepada penonton. Beliau menambah bahawa tidak sekali pun pada sepanjang kerjaya penyanyiannya bahawa beliau berasa terpaksa akan keperluan untuk membuat video muzik yang menggoda demi mencapai kepopularan dan hanya bergantung kepada bakat sendiri dan hormat kendiri untuk bernyanyi.
[3]Kini merupakan salah satu penyanyi Lubnan yang paling aktif, Hijazi telah memberi persembahan dalam sebilangan
konsert di seluruh dunia serta juga membuat kemunculan TV yang tidak berbilang. Beliau juga terkenal kerana sokongannya kepada berbagai-bagai projek amal, selain daripada merupakan duta jenama
Panasonic yang terkenal. Hijazi kini memiliki empat buah album blokbuster dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara Arab, selain daripada
Eropah dan
Amerika Syarikat.