Karier Amanda_Seyfried

1996–2006

Ketika tempoh Seyfried sebagai seorang model, beliau muncul dalam iklan cetak untuk syarikat pakaian termasuk Limited Too bersama Leighton Meester dan ditampilkan dalam tiga kulit buku novel bersiri Sweet Valley High.[2] Beliau berhenti daripada menjadi model ketika berumur tujuh belas tahun,[2] dan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah pusat komuniti persaraan.[9] Seyfried mempelajari vokal, opera dan berlatih bersama seorang jurulatih pementasan Broadway semasa masih remaja. Beliau mula berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama televisyen, Guiding Light[10] Dari tahun 2000 sehingga 2001, beliau melakonkan watak Lucy Montgomery dalam As the World Turns.[10] dan Joni Stafford dalam All My Children dari tahun 2002 sehingga 2003.[11]

Pada tahun 2003, Seyfried menjalani uji bakat untuk watak Regina George dalam filem Mean Girls; watak itu kemudiannya diberi kepada Rachel McAdams. Walaupun beliau pada mulanya dicadangkan untuk melakonkan watak utama Cady Heron, yang diberikan kepada Lindsay Lohan, penerbit filem itu memutuskan bahawa Seyfried akan melakonkan watak Karen Smith, kawan Regina.[10][12] Filem itu mencapai kejayaan box office dengan membuat kutipan sebanyak AS$129 juta.[13] Lakonan Seyfried di dalam filem ini membolehkan beliau bersama-sama Lohan, Lacey Chabert dan McAdams memenangi Anugerah Filem MTV dalam kategori "Best On-Screen Team".[14] Seyfried menjalani ujibakat untuk watak utama dalam siri televisyen UPN, Veronica Mars.[10] Watak itu kemudiannya diberikan kepada Kristen Bell dan Seyfried melakonkan watak rakan karib Veronica, Lilly Kane.[10] Wataknya hanya ditunjuk dalam babak imbasan.[10] Seyfried muncul dalam sepuluh episod siri televisyen ini pada tahun 2004 sehingga 2005.[11]

Pada tahun 2005, Seyfried melakonkan watak utama, Samantha, sebuah karakter yang ditulis oleh pengarah, Rodrigo García khas untuknya dalam filem Nine Lives yang menampilkan sembilan filem pendek dengan tema berlainan dan barisan pelakon yang luas.[15] Untuk lakonannya dalam filem ini, Seyfried bersama-sama pelakon wanita utama filem ini yang lain memenangi anugerah dari Festival Filem Antarabangsa Locarno untuk Pelakon Wanita Terbaik.[16] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak sokongan, Mouse dalam filem bebas, American Gun.[11] Pada tahun 2006, Seyfried muncul dalam lima episod siri TV, Wildfire sebagai Rebecca dan melakonkan watak utama sebagai Chrissy dalam filem pendek, Gypsies, Tramps & Thieves. Seyfried juga melakonkan watak kecil sebagai Julie Beckley di dalam filem Alpha Dog. Dari tahun 2004 sehingga 2006, Seyfried membuat beberapa penampilan tetamu dalam siri televisyen termasuk House, M.D., Justice, Law & Order: Special Victims Unit, American Dad! dan CSI: Crime Scene Investigation.[10]

2006–2011

Seyfried mula terkenal selepas peranan beliau dalam bersiri HBO, Big Love. Seyfried melakonkan watak Sarah Henrickson di dalam drama ini. Big Love pertama kali ditayangkan di Amerika Syarikat pada 12 Mac 2006. Pada bulan Disember 2009, HBO mengesahkan bahawa Seyfried akan kembali untuk musim keempat drama ini tetapi ia akan menjadi musim terakhirnya kerana Seyfried ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya filem beliau dan projek yang akan datang.[17]

Susulan Big Love, Seyfried melakonkan watak sokongan sebagai Zoe di dalam filem drama seram tahun 2008, Solstice dan beliau membintangi bersama Meryl Streep dalam filem Mamma Mia!.[8] Mamma Mia! merupakan watak utama Seyfried yang pertama. Filem ini merupakan filem dengan kutipan kelima tertinggi pada tahun 2008,[18] dan setakat bulan Januari 2013, ia merupakan filem dengan kutipan ke-73 tertinggi sepanjang zaman.[19] Persembahan muzikal beliau dalam Mamma Mia! dikeluarkan dalam runut bunyi filem ini dimana beliau menyanyikan lima lagu.[20]

Pada bulan Mac 2008, Seyfried dipilih untuk berlakon dalam filem komedi seram, Jennifer's Body. Dalam filem ini, Seyfried melakonkan watak Anita "Needy" Lesnicki. Filem ini ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2009 dan ditayangkan di teater pada 18 September 2009.[21] Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[22] Pada tahun yang sama, beliau dipilih untuk berlakon dalam filem bebas, Boogie Woogie. Beliau melakonkan watak Paige Oppenheimer. Filem ini pada ditayangkan pada 26 Jun 2009 di Festival Filem Antarabangsa Edinburgh dan secara rasminya ditayangkan di teater AS pada 25 April 2010.[23] Pada 22 Februari 2009, Seyfried menyampaikan anugerah Anugerah Akademi Tahunan ke-81 2009.[24] Pada awal bulan Mac 2009, pengarah, Zack Snyder telah memilih Seyfried untuk melakonkan watak utama, Baby Doll dalam filem Sucker Punch,[25] tetapi Seyfried terpaksa keluar daripada projek filem ini konflik jadual bersama Big Love.[2][26]

Seyfried membintangi bersama Channing Tatum dalam Dear John, sebuah adaptasi dari novel dengan nama yang sama ditulis oleh Nicholas Sparks.[27][28] Filem ini ditayangkan pada 5 Februari 2010 dan merima ulasan negatif.[27][28] Seyfried menulis dan menyanyikan lagu "Little House", sebuah lagu yang muncul dalam runut bunyi filem Dear John.[29] Seyfried muncul dalam filem erotik thriller, Chloe yang ditayangkan oleh Sony Pictures Classics pada 26 Mac 2010.[30] Chloe pada asalnya ditayangkan di Festival Filem Toronto pada bulan September 2009.[31] Lakonan Seyfried di dalam filem ini menerima ulasan baik daripada pengkritik.[32]

Pada tahun 2010, Seyfried membintangi filem romantik komedi, Letters to Juliet yang menerima ulasan bercampur dan merupakan satu kejayaan box office. Filem ini mengutip AS$80 juta di seluruh dunia. Beliau menerima anugerah sebagai "Showest Breakthrough Female Star of The Year".[33] Beliau juga memenangi kategori "Scared-As-S**T" untuk lakonannya dalam Jennifer's Body dan dicalonkan untuk Lakonan Wanita Terbaik untuk filem Dear John di Anugerah Filem MTV 2010.[34][35] Juga pada tahun 2010, beliau dimasukkan ke dalam senarai Forbes "17 Bintang Untuk Dilihat" dan[36][37] menerima 3 pencalonan dalam Teen Choice Awards.[38]

Seyfried melakonkan watak Valerie di dalam filem Red Riding Hood; ia ditayangkan pada 11 Mac 2011 dan menerima ulasan tetapi tetapi mencapi kejayaan box office dengan kutipan AS$90 juta berbanding bajet produksi sebanyak AS$42 juta. Beliau juga melakonkan watak utama sebagai Sylvia Weis di dalam filem In Time. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 2011 dan menerima ulasan bercampur. Filem ini mengutip AS$172 juta di seluruh dunia.

2012–sekarang

Seyfried membintangi filem Gone ditayangkan pada awal tahun 2012. Kemudiannya pada tahun itu, beliau melakonkan watak Cosette dalam Les Misérables. Filem itu dan lakonannya menerima pujian positif daripada pengkritik dan dicalonkan untuk Best Picture Anugerah Akademi serta mengutip S$440 juta di seluruh dunia.[39][40][41]

Pada tahun 2013, Seyfried muncul dalam filem komedi, The Big Wedding dan mempunyai watak suara dalam filem animasi, Epic. Beliau melakonkan watak Linda Lovelace dalam filem Lovelace. Lakonannya dalam filem itu menerima pujian daripada pengkritik.[42] Beliau ditandatangani untuk melakonkan watak Ann Burden dalam Z for Zachariah,[43] tetapi digantikan oleh Margot Robbie,[44] . Beliau melakonkan watak Mary dalam filem Pan.[45] Beliau juga membintangi filem komedi 2015, Ted 2 bersama-sama Mark Wahlberg dan Seth MacFarlane.

Rujukan

WikiPedia: Amanda_Seyfried http://www.amazon.com/dp/B0019FOC5E http://www.askmen.com/celebs/women/actress/amanda-... http://boxofficemojo.com/movies/?page=weekend&id=c... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/ http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=mammamia.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=meangirls.... http://dearjohnsoundtrack.com/ http://www.eonline.com/uberblog/watch_with_kristin... http://ethnicelebs.com/amanda-seyfried http://hollywoodinsider.ew.com/2009/03/23/amanda-s...