Kerjaya Amber_Chia

Chia juga pernah menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah pihak kerana muncul dalam edisi Indonesia majalah Playboy.[5] namun begitu, gambar-gambar yang diambil belaiu tidak sesekali berbogel, dan Chia menegaskan bahawa fotonya "menghormati budaya, bergaya dan membelai rasa tetapi tidak lucah.” Foto beliau muncul dalam seksyen "Selebriti" majalah itu.

Chia juga pernah mencuba bidang lakonan lalu menemui kejayaan dalam beberapa terbitan tempatan seperti filem The 3rd Generation, Possessed, dan Trio & a Bed. Kini belaiu mempunyai blog sendrinya di laman web rasmi beliau dan blog itu sering dikemas kini dengan banyak masukannya mengenai tugasan peragaan , percutian luar negara dan hidup peribadi beliau.