Amber_Chia
Amber_Chia

Amber_Chia

Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍, Cina Tradisional: 謝麗萍, pinyin: xiè lì píng; lahir 14 Disember 1981) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur, di mana beliau bertugas sebagai akauntan. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'Oréal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan.[2]