Amiga_CD32
Amiga_CD32

Amiga_CD32

Amiga CD32, (ditulis sebagai CD32) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Commodore dan merupakan konsol 32-bit pertama yang dipasarkan dalam pasaran di Eropah. Konsol ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di kawasan Eropah kerana strategi pengiklanan yang tidak begitu memberangsangkan serta mutu kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini tidak begitu baik[1].Konsol Amiga CD32 tidak lama dipasarkan di pasaran dan syarikat Commodore menghentikan pengeluaran konsol ini oleh kerana pada ketika itu syarikat Commodore diisytiharkan muflis[2].