Angkringan ialah sejenis warung tolak yang menjual berbagai-bagai jenis
makanan serta
minuman dan yang biasa terdapat di setiap persimpangan jalan di
Jawa Tengah dan
Yogyakarta. Perkataan ini berasal daripada
bahasa Jawa, 'Angkring' , yang membawa pengertian "duduk santai".Warung angkringan yang biasanya ditutup dengan
kain terpal plastik biasanya menampung sekitar lapan orang pelanggan. Beroperasi mulai waktu petang setiap hari, ia diterangi dengan
lampu minyak tanah, dibantu juga oleh
lampu isyarat. Makanan yang dijual merangkumi
nasi kucing, gorengan,
sate usus (
ayam), sate
telur puyuh,
krepek, dan lain-lain lagi. Minuman yang dijual juga beraneka jenis seperti
teh,
kopi, air
jeruk, minuman
halia, dan
susu. Semua dijual pada harga yang sangat murah.Meskipun harganya murah, namun pelanggan warung ini sangat berbeza-beza, mulai dari tukang
beca, tukang bangunan, pekerja pejabat,
mahasiswa,
seniman, bahkan hingga pegawai dan eksekutif. Antara pembeli dan penjual sering terlihat perbualan-perbualan yang santai dalam suasana yang penuh kekeluargaan. Angkringan juga terkenal sebagai tempat yang
egalitarian kerana berbagai-bagai pelanggan yang datang tanpa membeza-bezakan
strata sosial mereka. Mereka menikmati makanan sambil bebas berbual-bual sehingga larut malam — meskipun tak saling kenal — tentang berbagai-bagai topik, termasuk juga kekadangnya topik-topik yang serius. Harganya yang murah dan tempatnya yang santai membuat angkringan amat popular di pusat-pusat bandar sebagai tempat-tempat persinggahan untuk berselera atau sekadar untuk bersantai.