Anglofilia (Anglophilia) atau "pemujaan Inggeris" ialah orang yang menyukai
kebudayaan England dan
England secara amnya.
[1] Antonimnya ialah
Anglofobia (Anglophobia).
[2]Mengikut
Oxford English Dictionary, perkataan ini datangnya daripada bahasa Perancis, dan pada akhirnya daripada
Latin Anglus "British"/"Inggeris" +
Greek Kuno φίλος - philos, "kawan"). Ia memberikan penggunaan pertama berlaku pada 1867, di mana jurnal
Revue des deux mondes diperikan sebagai "jurnal betul-betul Anglofilia".
[3]Dalam sesetengah kes, anglofilia mewakili keutamaan seseorang individu terhadap kebudayaan Inggeris melebihi kebudayaan sendiri; kepercayaan bahawa budaya British lebih unggul; atau penghargaan terhadap
sejarah British. Di samping pemuja Inggeris yang tertarik kepada budaya 'tradisional' Inggeris (e.g.
Shakespeare,
Jane Austen,
Dr. Johnson,
Gilbert dan Sullivan), terdapat juga pemuja Inggeris yang menyukai muzik pop dan rock daripada Britain, berita British, kereta British, dan kebudayaan sezaman secara amnya. Kesukaan terhadap raja British, birokrasi British serta nostalgia Empayar British boleh juga dianggap sebagai Anglofilia.Pemuja Inggeris dari Amerika mungkin menggunakan
ejaan Inggeris Britain sebagai ganti ejaan Inggeris Amerika Syarikat, seperti aeroplane berbanding airplane, colour berbanding color, grey berbanding gray, centre berbanding center, dan mum berbanding mom. Seorang pemuja Inggeris dari Amerika yang terkenal adalah
Douglas Fairbanks, Jr.Istilah ini biasanya tidak dikaitkan dengan rakyat negara-negara
Komanwel (bekas
Empayar British), walaupun negara-negara ini mempunyai banyak persamaan kebudayaan dan sejarah dengan United Kingdom. Kadang-kala, ia juga digunakan untuk memerikan kesetiaan kepada kebudayaan "
Anglosfera" seluruhnya seperti
Amerika Syarikat,
Kanada (kecuali
Quebec),
Australia dan
New Zealand.