Sejarah United Kingdom sebagai negara berdaulat bermula pada 1 Mei 1707.
England dan
Scotland telah mempunyai kerajaan sendiri sejak abad ke-9. Kerajaan England menguasai
Wales pada 1284 dengan Statut Ruddlan. England dan Scotland telah bersetuju disatukan di bawah Akta-akta Kesatuan
1707. Penyatuan ini menubuhkan Kerajaan Great Britain. Great Britain pula disatukan dengan kerajaan Ireland di bawah Akta Kesatuan
1800 untuk membentuk Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland (United Kingdom of Great Britain and Ireland). Bahagian selatan pulau Ireland diberikan kemerdekaan pada 1922 lalu menjadi
Republik Ireland.
Ireland Utara masih merupakan wilayah United Kingdom, yang bertukar nama menjadi United KIngdom of Great Britain and Northern Ireland.Britain memainkan peranan besar dalam Zaman Kesedaran abad ke-18, dan menyumbang kepada perkembangan bidang
falsafah,
sains,
kesusasteraan dan seni teater. Pada abad ke-19, Britain pula menyumbang kepada perkembangan fahaman
demokrasi berparlimen, sastera, seni dan sains.
Empayar British menjadi kaya dengan perindustrian dan eksploitasi terhadap tanah jajahan serta perdagangan dan perhambaan. Namun, Britain telah mengharamkan perhambaan pada awal abad ke-19. Mereka merupakan negara pertama mengambil tindakan ini. Selepas
Revolusi Perindustrian dan kekalahan
Napoleon dari Perancis, Britain menjadi kuasa utama abad ke-19. Wilayah dan tanah jajahan Empayar British meliputi kira-kira stu pertiga keluasan dunia, dan merupakan tempat kediami lebih daripada satu pertiga jumlah penduduk dunia.Selepas pemerintahan
Ratu Victoria, Britain mula kehilangan kuasa dan pengaruh dalam perindustrian kepada
Amerika Syarikat dan Empayar
Jerman. Namun, Britain dan sekutu-sekutunya memenangi
Perang Dunia Pertama dan berjaya meluaskan tanah jajahannya lagi. Britain, Amerika Syarikat,
Kesatuan Soviet dan negara-negara
Komanwel yang lain sekali lagi berjaya menewaskan Jerman dan
Itali dalam
Perang Dunia Kedua. Britain mengalami kemusnahan, kerugian yang teruk akibat perang ini. Kuasa dan pengaruhnya di dunia mula berkurang.Pengaruh British yang semakin berkurangan dibuktikan dalam Krisis
Suez 1956, apabila pihak Britain dan
Perancis gagal menghalang Presiden
Mesir,
Gamal Abdel Nasser daripada memiliknegarakan
Terusan Suez. Ekonomi dan perindustrian lemah menjadi unggul keadaan Britain selepas peperangan. Namun, di bawah kepimpinan
Margaret Thatcher, ekonomi Britain berjaya dipulihkan. Arus perkembagan ini diteruskan selepas
Tony Blair menjadi Perdana Menteri. United Kingdom telah menyertai
Kesatuan Eropah pada tahun 1973.