Sebuah
anime music video (
bahasa Melayu:
video muzik anime (
Jawi:
ۏيديو موزيک انيمي), seringkali disingkatkan sebagai
AMV) merupakan sebuah
video muzik yang terdiri daripada beberapa klip daripada satu atau lebih siri atau filem anime yang disetkan kepada lagu latar; istilah ini selalunya merujuk kepada sebuah video ciptaan
peminat yang tidak rasmi. Sebuah AMV boleh juga terdiri daripada set rakaman sebuah judul
permainan video yang disatukan bersama muzik.Kebanyakan AMV ialah video-video muzik yang tidak rasmi, dikeluarkan oleh
pemuzik, namun selalunya merupakan gubahan amatur seorang peminat yang menyelaraskan klip=klip video dengan sebuah trak lagu. AMV selalunya dikeluarkan secara tidak rasmi, dan dihantar terus ke
Internet. Konvensi anime selalunya mengadakan pertandingan atau pameran AMV. Meskipun pilihan utama sebuah AMV ialah siri atau filem anime, rakaman daripada judul-judul
permainan video juga merupakan pilihan yang terkenal.
[1]AMV seharusnya tidak dikelirukan dengan filem-filem
animasi asli dan profesional yang direka sebagai video-video muzik untuk sebilangan kumpulan seperti
Daft Punk, atau dengan filem video muzik singkat sebagai duo muzikal
Jepun berjudul "
On Your Mark" oleh
Chage and Aska, oleh
Studio Ghibli. AMV juga tidak seharusnya dikelirukan dengan video-video "animasi umum" ciptaan peminat yang menggunakan sumber-sumber video yang bukan Jepun seperti
kartun Barat. Video muzik anime ialah sub-
genre istilah yang lebih umum iaitu video muzik animasi.