Kerjaya Anis_Al-Idrus

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Anis pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita di ntv7 dari 2008 hingga 2010. Namun, beliau berhenti atas alasan "tidak sesuai dengan taraf hidupnya".[1]

Anis memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi peranan kecil dalam Cuak di Astro Ceria. Drama lain lakonannya termasuk Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah; Qanun 99 lakonan Farid Kamil dan Yana Samsudin; serta Duda Terlajak Laris lakonan Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal. Sebagai pengacara TV, beliau mengacarakan rancangan realiti TV keagamaan Serambi Pencetus Ummah di Astro Oasis. Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama "Mengapa" yang dikeluarkan pada 2015.[2][3]