Anjing_mainan_Rusia

Anjing mainan Rusia ([русский той, russkij toj] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Russian toy), terier mainan Rusia ([русский той-терьер, russkij toj-ter'jer] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Russian toy terrier), atau terier Rusia ([русский терьер, russkij ter'jer] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Russian terrier) ialah satu baka anjing sangat kecil pada asalnya dibiakbakan dalam pengasingan di Rusia daripada terier mainan Inggeris yang kini dikenali sebagai terier Manchester. Ada dua jenis, berbulu licin dan berbulu panjang, yang dikenali dengan pelbagai nama berlainan sehingga disatukan atas piawaian sama sebagai "Russkiy Toy" pada 2000. Baka ini hampir pupus buat dua kali; yang pertama pada 1920-an dengan kebangkitan komunisme kerana hubungan tradisional anjing mainan dengan aristokrasi dan yang kedua pada 1990-an dengan kemasukan lampau baka asing ikutan kejatuhan Tirai Besi. Jenis berbulu licin ialah yang lebih lama daripada kedua-duanya, dengan jenis berbulu panjang muncul kali pertama pada 1958.Sehingga 1990-an, baka ini hampir tidak diketahui di luar Rusia, dan sangat sedikit perincian tentang isu kesihatan berkaitan diketahui. Anjing mainan Rusia dibiakbakakan sebagia pelawan tikus dan sebagai anjing pengawal pada asalnya, dan masih boleh menunjukkan vokalisasi terjangka daripada yang kemudian. Ia merupakan anjing ramah dan boleh menjadi sangat terikat dengan satu unit keluarga. Baka ini telah diiktiraf oleh sebilangan kelab kenel antarabangsa, dan terdaftar dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club. Keranan saiz dan keserupaannya dengan anjing Chihuahua, kedua-duanya kerap dibandingkan.

Anjing_mainan_Rusia

Negara asal Rusia
UKC Kumpulan Anjing Teman
FCI Kumpulan 9 Teman dan Mainan Seksyen 9 Spaniel Mainan Benua dan Anjing Mainan Rusia #352 (Sementara)
Catatan Baka diterima secara sementara, tidak layak untuk CACIB.
United Kennel Club (Amerika Syarikat) menggunakan piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
Pengelasan dan piawaianFCIUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 9 Teman dan Mainan Seksyen 9 Spaniel Mainan Benua dan Anjing Mainan Rusia #352 (Sementara)(Piawaian)
UKCKumpulan Anjing Teman(Piawaian)
Nama lain Terier mainan Rusia
Terier Rusia
Terier mainan Moscow
Terier kecil Moscow