Anjing_pengutip_Labrador
Anjing_pengutip_Labrador

Anjing_pengutip_Labrador

Anjing pengutip Labrador (Bahasa Inggeris: Labrador retriever dog) atau hanya anjing Labrador (Bahasa Inggeris: Labrador dog) ialah salah satu daripada beberapa jenis anjing pengutip, sejenis gundog.[3] Anjing Labrador sangat cergas, suka bermain, dan merupakan baka anjing paling popular mengikut pemilikan berdaftar di Australia, di Kanada, di New Zealand,[4] di United Kingdom,[5] dan di Amerika Syarikat (sejak 1991).[6]Satu baka anjing pembantu kegemaran di negara-negara ini dan lain, anjing Labrador kerap dilatih untuk membantu orang kurang upaya penglihatan dan autistik, bertindak sebagai anjing terapi, dan melakukan kerja penapisan dan pengesanan untuk penguatkuasaan undang-undang dan agensi rasmi lain.[6] Ia dianugerahi sebagai anjing sukan dan pemburu unggas air.[7] Beberapa buah kelab kenel yang membiakbakakan anjing ada di England, pada masa sama satu gabungan polisi perlindungan biri-biri (Newfoundland) dan kuarantin penyakit anjing gila (England) membawa kepada kepupusannya yang beransur di negara asalnya.[8]Earl-Earl Malmesbury pertama dan kedua, yang membiakbakakannya untuk penembakan itik di estetnya,[9] dan Duke-duke Buccleuch ke-5 dan ke-6, dan anak paling muda Lord George William Montagu-Douglas-Scott,[9] adalah instrumental dalam kemajuan dan penubuhan baka Labrador moden di England abad ke-19. Avon ("Buccleuch Avon") dan Ned diberikan oleh Malmesbury untuk membantu atur cara pembiakbakaan Duke Buccleuch pada 1880-an dianggap sebagai leluhur anjing Labrador moden.[10]Anjing Santo John dikatakan dibawa ke England pada atau pada sekitar 1820; walau bagaimanapun, reputasi baka ini telah tersebar ke England lama sebelum itu. Ada kisah bahawa Earl Malmesbury terlihat seekor anjing Santo John di atas sebuah perahu nelayan dan membuat urusan dengan serta-merta dengan pedagang untuk sesetengah anjing ini dieksport ke England. Leluhur anjing pengutip Labrador ini lalu mengagumkan Earl dengan kemahirannya dan kebolehannya untuk pengutipan apa-apa di perairan dan di pesisir sehingga dia mengekhaskan seluruh kelab kenelnya untuk mengembangkan dan menstabilkan baka ini.[11]

Anjing_pengutip_Labrador

NZKC Gundog
Tinggi Jantan
Negara asal Newfoundland, Kanada
Saiz perinduk 5–10 ekor anak anjing (purata: 7.6)[1]
Bulu Licin, pendek, padat dan lurus
TraitBeratTinggiBuluWarnaSaiz perindukJangka hayat
Trait
BeratJantan143–176 lb (65–80 kg)
Betina121–154 lb (55–70 kg)
TinggiJantan8.9–9.6 in (22.5–24.5 cm)
Betina8.5–9.3 in (21.5–23.5 cm)
BuluLicin, pendek, padat dan lurus
WarnaHitam, coklat atau kuning (krim pucat)
Saiz perinduk5–10 ekor anak anjing (purata: 7.6)[1]
Jangka hayat12 hingga 13 tahun[2]
Nama ringkas Lab
UKC Gundog
Warna Hitam, coklat atau kuning (krim pucat)
FCI Kumpulan 8 Seksyen 1 #122
Catatan Anjing provinsi Labrador
Berat Jantan
Pengelasan dan piawaianFCIAKCANKCCKCKC (UK)NZKCUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 8 Seksyen 1 #122(Piawaian)
AKCSukan(Piawaian)
ANKCKumpulan 3 (Gundog)(Piawaian)
CKCKumpulan 1 – Sukan(Piawaian)
KC (UK)Gundog(Piawaian)
NZKCGundog(Piawaian)
UKCGundog(Piawaian)
Jangka hayat 12 hingga 13 tahun[2]
AKC Sukan
KC (UK) Gundog
CKC Kumpulan 1 – Sukan
ANKC Kumpulan 3 (Gundog)
Nama lain Anjing Labrador

Rujukan

WikiPedia: Anjing_pengutip_Labrador http://www.defence.gov.au/media/DepartmentalTpl.cf... http://www.abc.net.au/news/stories/2009/11/12/2741... http://www.ankc.org.au/Breed_Details.aspx?bid=18 http://www.fci.be/Nomenclature/Standards/122g08-en... http://www.ckc.ca/en/Default.aspx?tabid=99&BreedCo... http://www.alllabs.com/labrador-library/history-of... http://edition.cnn.com/2000/HEALTH/08/10/super.dog... http://www.engadget.com/2007/03/22/dvd-pirates-put... http://www.engadget.com/2007/08/20/dvd-sniffing-do... http://abcnews.go.com/Technology/story?id=1944531&...