Penyakit_anjing_gila
Penyakit_anjing_gila

Penyakit_anjing_gila

Penyakit anjing gila ([Rabies] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah sejenis penyakit virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan yang dijangkiti[1]. Simptom awal termasuklah demam atau terasa kebas pada tempat terkena jangkitan[1]. Simptom ini kemudiannya diikuti dengan beberapa simptom lain; kelakukan agresif, sawan, simptom takut air (Hydrophobia), tidak mampu menggerakkan bahagian tubuh badan, kekeliruan dan koma[2]. Apabila penyakit ini mula menunjukkan simptom-simptom tersebut, kebiasaannya pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. Jangka masa di antara mulanya jangkitan virus penyakit ini dengan permulaan simptom biasanya di antara satu hingga tiga bulan; walaupun begitu, jangka masa ini berubah-ubah di antara kurang dari satu minggu hingga lebih dari setahun[1]. Jangka masa ini berubah-ubah bergantung kepada jangka masa virus untuk sampai ke sistem saraf pusat[3].Penyakit anjing gila dibawa oleh virus lyssaviruses[2]. Virus ini boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia[4]. Air liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan[5]. Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing[6]. Apabila manusia terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini, virus akan bergerak ke sistem saraf pusat dengan melalui di bahagian saraf biasa[5]. Penyakit ini hanya boleh dikesan selepas simptom-simptom ini kelihatan[1].Program vaksin dan kawalan haiwan mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit anjing gila di kebanyakkan kawasan di dunia[1]. Bagi pesakit yang terkena jangkitan ini, vaksin anjing gila dan imunoglobulin sangat efektif dalam melawan virus ini jika pesakit tersebut menerima rawatan sebelum simptom penyakit ini bermula[7]. Membasuh di bahagian yang terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini selama 15 minit menggunakan sabun dan air, atau ejen detergen lain boleh mengurangkan risiko penyebaran virus[5] dan mungkin juga sangat efektif dalam menghentikan pembawaan virus ini[8]. Setakat ini, hanya lima pesakit berjaya melepasi penyakit ini selepas simptom-simptom mula kelihatan, dan keputusan ini boleh dicapai jika pesakit menerima rawatan menyeluruh yang dikenali sebagai protokol Milwaukee[9].Untuk rekod, penyakit anjing gila telah menyebabkan 17 400 kematian di seluruh dunia pada tahun 2015. Lebih dari 95% pesakit yang meninggal dunia adalah berasal dari kawasan Afrika dan Asia[1]. Lebih kurang 40% kematian dilaporkan dari pesakit kanak-kanak di bawah umur 15 tahun[10]. Setakat ini, penyakit anjing gila masih lagi terdapat pada lebih dari 150 buah negara di kesemua benua, tidak termasuk Antartika. Lebih dari 3 bilion manusia hidup di kawasan di mana penyakit ini wujud. Beberapa buah negara, termasuklah Australia dan Jepun, serta beberapa tempat di bahagian barat Eropah, tiada anjing yang direkodkan terkena jangkitan ini[11][12].

Rujukan

WikiPedia: Penyakit_anjing_gila http://www.health.gov.au/internet/main/publishing.... http://www.animalswecare.com/home_section/rabies/ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-itu-... http://www.diseasesdatabase.com/ddb11148.htm http://www.doctorshangout.com/forum/topics/videos-... http://www.emedicine.com/eerg/topic493.htm http://www.emedicine.com/med/topic1374.htm http://www.emedicine.com/ped/topic1974.htm http://books.google.com/books/about/Rabid.html?id=... http://books.google.com/books/about/Rabies.html?id...