Sejarah Penyakit_anjing_gila

Ukiran papan yang dicipta pada Zaman Pertengahan menunjukkan seekor anjing jangkitan penyakit anjing gila.

Penyakit anjing gila mula dikesan semenjak 2000 sebelum Masihi[13]. Rekod pertama mengenai penyakit ini ditulis dalam Mesopotamian Codex of Eshnunna (sekitar 1930 sebelum Masihi)[14], di mana ianya merekodkan mengenai undang-undang yang menyatakan bahawa pemilik anjing yang mempunyai simptom penyakit ini digesa untuk mengambil langkah pencegahan mengelakkan anjingnya mengigit manusia lain. Pemilik anjing boleh dikenakan denda yang berat jika anjingnya menggigit manusia lain dan mati akibat penyakit ini[15]. Hukuman lebih ringan dikenakan jika anjing yang dijangkiti menggigit hamba dan meninggal dunia[16].

Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak begitu efektif digunakan dalam perubatan silam. Seorang doktor, Scribonius Largus menyediakan penawar daripada morha, lada, candu, madu, wain, serta beberapa kandungan lain yang digunakan untuk melawan perasaan takut kepada air[17]; Antaeus pula mencadangkan ubat disediakan daripada tengkorak manusia yang mati digantung[18]. Penyakit anjing gila ini direkodkan mula dikenalpasti pada masa silam (sebelum Masihi), manakala rekod wabak penularan penyakit ini pada tahun selepas Masihi berlaku di Boston pada tahun 1768[19]. Penyakit ini mula merebak pada tahun-tahun berikutnya di beberapa negeri lain di Amerika Syarikat, sebelum merebak ke seluruh rantau Amerika Utara.

Pada abad ke-19, penyakit anjing gila merupakan penyakit yang biasa. Di Perancis dan Belgium, di mana Saint Hubert dihormati, Kunci St Hubert's dipanaskan dan digunakan untuk menyembuhkan luka. Dengan menerapkan pemikiran berteraskan magik, anjing-anjing ditandakan dengan dengan tanda kunci dengan harapan memberi perlindungan daripada penyakit anjing gila ini. Ketakutan terhadap penyakit ini boleh dikatakan tiada kerana kekurangan langkah pencegahan terhadap anjing yang terjangkit serta ketiadaan rawatan efektif. Pada masa silam, rawatan yang diberikan kepada pesakit ini adalah dengan memotong sebahagian daripada lidah kerana ramai berpendapat di situ adalah tempat bermulanya virus penyakit ini. Amalan ini terhenti setelah penemuan sebenar asal-usul penyakit anjing gila ini[19].

Pada masa kini pula, ketakutan terhadap penyakit ini masih lagi tidak dapat dibendung. Walaupun begitu, cara penyakit ini disebarkan dan simptom-simptom kini dijadikan inspirasi bagi kebanyakkan karya berkaitan zombi, di mana penyakit ini digambarkan sebagai penyakit endemik yang menyerang manusia yang menyebabkan pesakit tersebut berkelakuan agresif serta menyerang manusia lain dengan menggigit anggota badan mereka[20].


Rujukan

WikiPedia: Penyakit_anjing_gila http://www.health.gov.au/internet/main/publishing.... http://www.animalswecare.com/home_section/rabies/ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-itu-... http://www.diseasesdatabase.com/ddb11148.htm http://www.doctorshangout.com/forum/topics/videos-... http://www.emedicine.com/eerg/topic493.htm http://www.emedicine.com/med/topic1374.htm http://www.emedicine.com/ped/topic1974.htm http://books.google.com/books/about/Rabid.html?id=... http://books.google.com/books/about/Rabies.html?id...