Diagnosis Penyakit_anjing_gila

Penyakit anjing gila sukar untuk dikesan, kerana pada peringkat awalnya, ianya mudah untuk disalah erti dengan simptom penyakit lain[32]. Kaedah rujukan yang digunakan untuk mengesan penyakit anjing gila ini menggunakan ujian antibodi berpendaflour (Bahasa Inggeris: fluorescent antibody test) (FAT), yang merupakan prosedur immunohistokimia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)[33]. Keberkesanan ujian FAT bergantung kepada pengesan molekul, bersama dengan antibodi khas anjing gila yang akan mengkonjugat dan mengikat bersama bagi memperlihatkan antigen penyakit anjing gila dengan menggunakan teknik mikroskopik berpendaflour. Sampel yang diambil dari analisa mikroskopik ini merupakan langkah terus yang digunakan bagi menentukan kehadiran antigen penyakit ini dalam masa yang singkat, tidak kira dari mana pesakit mendapat jangkitan virus anjing gila ini. Sampel yang telah diautolisis pula memudahkan ujian FAT dijalankan[34]. Kaedah RT-PCR digunakan untuk diagnosa berterusan yang telah terbukti[35], yang biasanya dijalankan ke atas mayat atau spesimen yang telah disimpan[36]. Diagnosis ini sangat berkesan dijalankan ke atas sampel otak pesakit yang telah meninggal dunia atau haiwan yang mati akibat penyakit ini. Diagnosis ini boleh juga dijalankan menggunakan sampel air liur, air kencing dan cecair serebrospina, namun begitu sampel-sampel ini tidak begitu sensitif jika dibandingkan dengan penggunaan sampel otak[34].

Rujukan

WikiPedia: Penyakit_anjing_gila http://www.health.gov.au/internet/main/publishing.... http://www.animalswecare.com/home_section/rabies/ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-itu-... http://www.diseasesdatabase.com/ddb11148.htm http://www.doctorshangout.com/forum/topics/videos-... http://www.emedicine.com/eerg/topic493.htm http://www.emedicine.com/med/topic1374.htm http://www.emedicine.com/ped/topic1974.htm http://books.google.com/books/about/Rabid.html?id=... http://books.google.com/books/about/Rabies.html?id...