Simptom Penyakit_anjing_gila

Pesakit yang dijangkiti penyakit anjing gila, 1959

Tempoh pengeraman di antara jangkitan dan simptom pertama kebiasaannya antara 1-3 bulan bagi manusia[21]. Tempoh pengeraman ini juga kadang kala secepat 4 hari atau lebih dari enam tahun pernah direkodkan, bergantung kepada lokasi gigitan dan seteruk mana luka yang dialami akibat gigitan serta jumlah virus yang memasuki badan manusia[21]. Tanda-tanda awal dan simptom penyakit anjing gila selalunya tidak spesifik dan tak terhad seperti demam atau sakit kepala[21]. Setelah penyakit ini mula merebak dan menyebabkan radang otak, tanda-tanda dan simptom mula kelihatan seperti lumpuh di sesetengah anggota badan, sawan, kekeliruan, berkelakuan agresif, ketakutan dan berhalusinasi sebelum diakhiri dengan keadaan tidak sedarkan diri dan koma[7]. Pesakit juga mungkin mengalami hidrofobia, iaitu fobia terhadap air.

Kematian biasanya terjadi 2 hingga 10 hari selepas simptom pertama kelihatan. Jarang sekali pesakit mampu bertahan selepas simptom penyakit ini mula kelihatan, walaupun dengan bantuan kesihatan yang rapi[22]. Pada tahun 2014, Jeanna Giese merupakan pesakit pertama yang dirawat menggunakan kaedah protokol Milwaukee dan pesakit pertama yang berjaya sembuh dari penyakit anjing gila[23].

Hidrofobia

Hidrofobia (fobia terhadap air) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penyakit anjing gila[24]. Ianya merujuk kepada beberapa simptom pertengahan penyakit ini di mana pesakit mengalami kesukaran menelan, berlaku panik apabila dihidangkan air minuman serta sentiasa berasa dahaga. Dalam peringkat ini, air liur yang dihasilkan menjadi terlalu banyak dan pesakit bakal mengalami kekejangan otot yang sangat teruk pada kerongkong dan lelangit jika cuba meminum air[7]. Perkara ini boleh dikaitkan dengan fakta di mana virus mula berganda dan berasimilasi dengan kelenjar air liur pada haiwan yang dijangkiti bagi membolehkan virus ini tersebar menerusi gigitan. Keupayaan penyebaran virus akan berkurang secara mendadak jika pesakit mampu menelan air liur dan air minuman[25].

Hidrofobia biasanya dikaitkan dengan pesakit yang memiliki simptom berkelakuan agresif, di mana 80% pesakit mendapat simptom ini. Manakala, baki 20% lagi merupakan pesakit yang mengalami simptom berkelakuan tidak agresif atau mendiamkan diri seperti otot yang lemah, hilang deria dan kekejangan; pesakit ini tidak mengalami hidrofobia[26].


Rujukan

WikiPedia: Penyakit_anjing_gila http://www.health.gov.au/internet/main/publishing.... http://www.animalswecare.com/home_section/rabies/ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-itu-... http://www.diseasesdatabase.com/ddb11148.htm http://www.doctorshangout.com/forum/topics/videos-... http://www.emedicine.com/eerg/topic493.htm http://www.emedicine.com/med/topic1374.htm http://www.emedicine.com/ped/topic1974.htm http://books.google.com/books/about/Rabid.html?id=... http://books.google.com/books/about/Rabies.html?id...