Anjing_pengutip_keemasan

Anjing pengutip keemasan (Bahasa Inggeris: golden retriever dog) ialah satu baka anjing bersaiz besar. Ia dibiakbakakan sebagai gundog untuk mengutip unggas air yang ditembak seperti itik dan burung perburuan tanah tinggi semasa pemburuan dan penembakan,[1] dan dinamai anjing "pengutip" kerana kebolehannya untuk mengutip hasil buruan yang tertembak tanpa kerosakan. Anjing pemburu keemasan mempunyai cinta kenalurian akan air, dan mudah dilatih hingga piawaian kepatuhan asasi atau lanjut. Ia merupakan baka berbulu panjang, dengan bulu dalaman yang tumpat yang memberinya kehangatan di luar, dan bulu luaran yang terletak rata pada badannya dan menghalang air. Anjing pengutip cukup tersesuai dirinya terhadap kawasan perumahan dalam persekitaran luar bandar atau desa. Sungguhpun ia memerlukan senaman luar yang cukup banyak, ia patut berada di dalam kawasan berpagar kerana kecenderungan kenalurian untuk merayau-rayau.[2] Anjing ini bersalin bulu melimpah-ruah, terutamanya pada perubahan musim, dan memerlukan penjagaan bulu yang agak nalar.Baka ini ialah peserta utama dalam pertunjukan pengakuran untuk anjing baka tulen. Kecerdasan anjing pengutip keemasan menjadikannya baka serba boleh dan membolehkannya untuk mengisi keragaman peranan – kebiasaannya merupakan anjing pandu untuk yang buta, anjing mendengar untuk yang tuli, anjing pemburu, anjing penghidu, dan peserta pencarian dan penyelamatan. Perangai yang ramah dan lemah lembut baka ini bererti bahawa ia tidak sesuai untuk menjadi anjing pengawal profesional, tetapi perangainya juga telah menajdikannya yang baka anjing ketiga paling popular (mengikut pendaftaran) di Amerika Syarikat,[3]kelima paling popular di Australia,[4]dan kelapan paling popular di United Kingdom.[5] Anjing pengutip keemasan jarang menjadi pemakan cerewet, tetapi memerlukan senaman yang cukup (selama dua jam atau lebih dalam sehari).[6] Baka ini suka bermain tetapi juga sangat mudah dilatih.

Anjing_pengutip_keemasan

Negara asal Scotland
Tinggi Jantan
Bulu Lurus atau agak berombak-ombak
TraitBeratTinggiBuluWarnaJangka hayat
Trait
BeratJantanPurata 29–34 kg (64–75 lb)
BetinaPurata 27–32 kg (60–71 lb)
TinggiJantan58–61 cm (23–24 in)
Betina55–57 cm (22–22 in)
BuluLurus atau agak berombak-ombak
WarnaMana-mana warna emas atau krim
Jangka hayatPurata 10–12 tahun
Pengelasan dan piawaianFCIAKCANKCCKCKC (UK)
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 8 Seksyen 1 #111(Piawaian)
AKCSukan(Piawaian)
ANKCKumpulan 3 (Gundog)(Piawaian)
CKCKumpulan 1 – Anjing Sukan(Piawaian)
KC (UK)Anjing Sukan(Piawaian)
Warna Mana-mana warna emas atau krim
FCI Kumpulan 8 Seksyen 1 #111
Berat Jantan
Jangka hayat Purata 10–12 tahun
AKC Sukan
KC (UK) Anjing Sukan
CKC Kumpulan 1 – Anjing Sukan
ANKC Kumpulan 3 (Gundog)

Rujukan

WikiPedia: Anjing_pengutip_keemasan http://www.rspca.org.au/how-you-can-help/campaigns... http://www.animalforum.com/dbreed/spgolden.htm http://www.ankc.aust.com/goldret.html http://www.canadasguidetodogs.com/golden/goldenart... http://www.akc.org/breeds/golden_retriever/index.c... http://www.akc.org/reg/dogreg_stats.cfm http://web.archive.org/web/20050526074206/http://w... http://dmoz.org//Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Sport... http://www.the-kennel-club.org.uk/services/public/... http://www.thekennelclub.org.uk/download/7748/Top-...