Anjing_penuding_du_Puy
Anjing_penuding_du_Puy

Anjing_penuding_du_Puy

Anjing penuding du Puy (Bahasa Perancis: braque du Puy; Bahasa Inggeris: du Puy pointer dog) ialah satu baka anjing pemburu lama di Perancis, dibiakbakakan untuk pemburuan di tanah pamah dan diketahui kerana kepantasan dan keluwesannya. Baka ini dicipta di Poitou pada abad ke-19 dengan penyilangan anjing penuding lain dengan anjing jenis greyhound. Salah satu cerita ialah dua orang adik beradik bernama du Puy mengacukkan anjing penuding Perancis mereka dengan seekor sloughi dibawa pulang dari Afrika oleh seorang askar Perancis.Warna anjing penuding du Puy ialah putih dengan tanda jingga atau berwarna hati, dan bersaiz sederhana hingga besar. Baka ini sama ada kini telah pupus atau telah pupus dalam bentuk aslinya, sungguhpun jenis ini mungkin dibentuk semula daripada baka lain dan dipanggil anjing penuding du Puy (atau varian nama) untuk pasaran haiwan peliharaan baka jarang di pelbagai tempat di dunia.